Nuffnang

PAKEJ PALSU : Wanita Didakwa Tipu Pakej Haji Dan Umrah


Seorang surirumah didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan menyembunyikan atau memindahkan wang milik tiga wanita berhubung tawaran pakej ibadah haji dan umrah berjumlah hampir RM35,000. 

Tertuduh, Rashimah Lili Mohamed Ali, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali dan Haslinda A Raof. 


Bagi pertuduhan pertama hingga ketujuh, Rashimah Lili didakwa menyembunyikan atau memindahkan harta bukan miliknya melalui akaun Bank Islam miliknya. Perbuatan tertuduh itu menyebabkan mangsa, Siti Fatimah Ahmad, 60, Daliah Dalil, 63, dan Jamilah Johar, 63, mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM33,800. 

Tertuduh didakwa melakukan semua perbuatan itu di Bank Islam Taman Melawati, Ampang Jaya dan Bank Islam Pandan Prima cawangan Ampang di sini antara 24 Mac hingga 16 Mei lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Siti Fatimah adalah seorang peniaga, Dalilah seorang surirumah manakala Jamilah seorang pesara guru besar. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim dan Raihanah Abd Razak yang mewakili pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. 

Namun Hashimah Lili yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu atas alasan dia tidak bekerja serta mempunyai tiga anak. Tertuduh kemudian dibenarkan ikat jamin RM31,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 31 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top