Nuffnang

KEKAYAAN LUARBIASA : Exco ARMADA PPBM Buat Laporan SPRM


Seorang Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kekayaan luar biasa anak kepada Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Exco berkenaan, Abd Wahazir Abd Wahabi, berkata pihaknya mahu SPRM menyiasat kekayaan itu serta pemilikan syarikat oleh empat anak Dr Mahathir iaitu Tan Sri Mokhzani, Mirzan, Datuk Seri Mukhriz dan Datin Paduka Marina yang didakwa keseluruhannya berjumlah 488 syarikat. 

"Beberapa bulan lalu, saya dan beberapa anggota sudah berjumpa sendiri dengan Tun Dr Mahathir dan membangkitkan isu ini namun beliau menafikan sepenuhnya." 

"Bila saya lihat semula, masih ada lagi beberapa syarikat yang dimiliki anaknya beroperasi sejak beliau menjadi Perdana Menteri sehingga hari ini, termasuk mendapat tender kerajaan". 

"Hari ini saya serahkan senarai syarikat itu kepada SPRM," dakwanya ketika ditemui di ibu pejabat SPRM di sini. 

Abd Wahazir turut menyelar Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang didakwa hanya sibuk membuat sidang media menuduh beberapa EXCO sayap itu belot kepada parti. 

"Sepatutnya isu ini dibawa oleh ketua saya sendiri kerana beliau pemimpin anak muda yang kononnya mengatakan kepada kita supaya telus kepada rakyat". 

"Dalam PPBM, kita diajar supaya menolak salah guna kuasa, penyelewengan duit dan paling utama ketelusan kepada rakyat," katanya. 

Ditanya mengenai kedudukannya dalam parti yang mungkin terjejas kerana membuat laporan itu, Abd Wahazir berkata ahli terutama anak muda dalam PPBM bebas untuk bersuara dan menjadi tanggungjawab beliau untuk menjernihkan parti itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top