Nuffnang

CARI PENYAKIT : Polis Buru Individu Ugut TS Isa Samad Di FB


Seorang lelaki yang membuat ugutan terhadap bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad melalui laman sosial, Facebook semalam kini dicari polis.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berkenaan menghantar komen yang mempertikaikan penyelesaian kemelut FGV susulan peletakan jawatan Mohd. Isa kelmarin.

Katanya, pihak polis menjalankan siasatan selepas laporan dibuat Naib Presiden 3 Kelab Tinju Felda Malaysia, Aripen Tugimin di Balai Polis Bandar Seri Jempol di sini pada pukul 3.16 petang ini.

“Polis akan menyiasat kes berkenaan kerana melakukan ugutan dan sedang mencari lelaki berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Isa ketika ditemui selepas Kempen Balik Kampung di Jalan Mahsan di sini petang ini enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.

“Saya tak nak ulas” ujarnya ketika dihampiri wartawan.

Beliau melepaskan jawatan Pengerusi FGV kelmarin ekoran kemelut melibatkan pengurusan tertinggi syarikat itu dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Sumber : Utusan Online
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top