Nuffnang

TUN M GOYANG? Kabinet Setuju Tubuh RCI Untuk Kes Forex 22 Tahun Dulu


Opss..... Apa akan terjadi? Adakah kebenaran akan dapat dirungkaikan melalui setiap persoalan semenjak 22 tahun lalu? Juga desas desus yang didengar pun mengatakan sebenarnya jumlah kerugian yang diistiharkan adalah jauh lebih kecil daripada kerugian sebenarnya.

Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dalam menyediakan maklumat berkaitan kerugian pasaran tukaran asing (forex).

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata ia akan memberikan maklumat seperti yang dikehendaki undang-undang.

BNM menyambut baik pembentukan RCI oleh kerajaan untuk menyiasat secara bebas kerugian forex dan menyelesaikan peristiwa yang berlaku lebih 25 tahun lepas.


“Di mana-mana negara, kesahihan, integriti dan kredibiliti bank pusat sangat penting dalam mengekalkan keyakinan orang ramai dalam sistem kewangan yang kukuh dan ekonomi yang stabil,” kata BNM.

Bank pusat berkata ia memberi jaminan kepada orang ramai dan pasaran kewangan yang ia tidak akan terganggu daripada menjalankan kewajipan negara dalam melaksanakan mandatnya.

“Kami akan tegas dalam melindungi kestabilan monetari dan kewangan negara, serta kelancaran fungsi sistem pembayaran,” kata BNM.

Laporan akhir oleh Pasukan Petugas Khas berhubung urus niaga menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian AS$10 bilion pada 1990-an diserahkan kepada Kabinet hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan kepada BH, sebentar tadi.

Sidek bagaimanapun tidak mengulas lanjut ketika ditanya berhubung prosedur seterusnya selepas ini.

Pada 26 Mei lalu, Sidek mengesahkan pihaknya sudah memanggil semua individu yang perlu untuk memberi keterangan berhubung kerugian itu.

Antara yang dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan di Kementerian Kewangan di sini termasuk bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sidek sebelum ini yakin laporan akhir itu dapat dibentangkan kepada kerajaan bulan ini yang mengandungi syor untuk tindakan lanjut berhubung siasatannya, yang turut merangkumi cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika perlu.

Persoalannya, Apa akan terjadi selepas siasatan dan penemuan RCI ini?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top