Nuffnang

BERBAHAYA : ESSCOM Dedah 18 Individu Paling Dikehendaki!!!


LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini mengeluarkan senarai terbaharu 18 individu yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). 


Turut tersenarai ialah ketua kumpulan Abu Sayaf di Basilan, Isnilon Hapilon dan ketua kumpulan militan Maute di Marawi City, Filipina iaitu Abdullah Maute. 

Komander ESSCOM, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata semua 18 individu terbabit adalah warga asing yang dikehendaki bagi membantu pasukan keselamatan menyelesaikan isu jenayah rentas sempadan di perairan pantai timur Sabah pada tahun lalu. 

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada ESSCOM dan pasukan keselamatan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil, termasuk menjejaki mereka. 

"Setelah kita teliti dan siasat termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan kita di Filipina, ini adalah senarai terbaharu individu yang dikehendaki dan disyaki terbabit dalam beberapa kes jenayah rentas sempadan". 

"Mereka ini belum ditahan sama ada oleh pasukan keselamatan kita mahupun Filipina sepanjang tahun lalu," katanya. 

Wan Abdul Bari berkata, pihaknya turut menyenaraikan Isnilon dan Abdullah Maute dalam senarai berkenaan kerana mereka dikhuatiri akan melarikan diri ke mana-mana negara termasuk ke Malaysia melalui Sabah ekoran tindakan ketenteraan oleh kerajaan Filipina bagi menghapuskan pemberontak Maute di Marawi City. 

"Susulan tindakan ketenteraan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Filipina di Marawi City, kita khuatir mereka ini akan melarikan diri ke negara kita sama ada menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) atau nelayan asing".

"Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan individu yang disenaraikan boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCOM di talian 089-863181 atau WhatsApp ke 013-880 3585 atau 019-230 5909 atau balai polis yang berhampiran," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top