Nuffnang

TERPUJI : Pemandu UBER Sanggup Tunggu 3 Jam Percuma!!!


Seorang pemandu Uber sanggup menghabiskan masa tiga jam mengambil, menunggu dan menghantar pulang penumpang tanpa sebarang bayaran.

Pengalaman itu dikongsikan Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng di Facebooknya pada Selasa.

“Ini dia lelaki India yang sungguh baik hati. Dia pemandu Uber dan semalam (Isnin) terbaca ‘post’ saya minta pemandu Uber hantar yang susah pergi shopping.

“Saya tawarkan RM50 untuk tambang. Dia bukan sahaja hantar mereka percuma, dia juga tunggu selama tiga jam untuk ambil dan hantar mereka pulang,” katanya.

Chee Heng ketika dihubungi berkata, tindakan pemandu yang sanggup mengetepikan upah pergi dan balik sebanyak RM100 demi membantu anak-anak golongan asnaf harus dipuji.

“Tiga jam bukan sekejap, tapi dia (pemandu) sanggup tunggu dan hantar balik. Dia turut ‘menyumbang’ kepada budak-budak yang nak ambil sumbangan Hari Raya. Bagus dia, bukan senang nak cari pemandu seperti ini,” ujar Chee Heng.

Beliau menambah, pemandu tersebut membawa dan menghantar pulang empat anak golongan asnaf yang tinggal di Puchong Utama.

Terdahulu, Chee Heng turut memberitahu agar kemurahan hati pemandu yang bernama Nesh itu wajar dijadikan contoh.

“Semua dia buat dengan senyuman dan percuma. Tabik hormat pemandu Uber dan Grab. Orang seperti dia yang membuatkan Malaysia terbaik,” katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top