Nuffnang

TERBAIKLAH : Alat Buang Air Kecil Pertama Patuh Syariah


Satu kejayaan. Satu kebanggaan. Terbaiklah. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menghasilkan alat buang air kecil lelaki patuh syariah, Suci-Urinal System (SUCI-URiS), yang pertama seumpamanya di negara ini, kata Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Shahrin Shahib.

Beliau berkata, kesulitan jemaah haji lelaki membuang air kecil ketika menunaikan ibadat di Tanah Suci Makkah mencetus ilham bagi sekumpulan enam penyelidik, diketuai Prof Madya Dr Hambali Arep @ Ariff, membangunkan alat berkenaan.

Katanya, set peralatan itu dilengkapi beg simpanan seberat 600 gram, yang mengandungi bekas (tempat buang air kecil dan penyembur air bersih), pemegang khasyafah (kemaluan lelaki) pelbagai diameter saiz, beg urin satu liter dan tiub.

“Penyelidik kita mengambil kira pelbagai faktor bagi membangunkan produk yang mengambil tempoh selama kira-kira setahun ini.

“Alat ini memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya jemaah haji apabila mereka menghadapi kesukaran menggunakan tandas ketika musim haji dan umrah.

“Selain itu, ia juga sesuai untuk pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pesakit di hospital atau warga emas yang tidak mampu bergerak ke tandas di rumah kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) Mengkomersialkan Produk Sistem Pembuangan Air Kecil Lelaki antara UTeM dan syarikat Spektrum Sdn Bhd, yang diwakili Pengarah Urusannya, Azizan Ismail.

Prof Shahrin berkata, produk terbabit turut mendapat sokongan Tabung Haji; Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil; pensijilan ISO 13485 (Pengurusan Kualiti Sistem bagi peralatan perubatan) serta pengesahan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

“Ia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa, Anugerah Khas daripada Chinese Innovation & Invention Society (Taiwan),” katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. Syabas diucapkan, satu idea yg baik. Ciptakan juga untuk keperluan wanita.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top