Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Akhirnya 9 Rakyat Malaysia Selamat Mendarat Di KLIA


Sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang selamat tiba di tanah air, awal pagi ini.


Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga masing-masing, yang menaiki pesawat khas, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.03 pagi dan disambut ahli keluarga masing-masing.

Mereka ialah Setiausaha Duta, Noor Saaidah Jamaluddin, 29, suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan, Pegawai Tadbir, S. Nirmala Malar, 45, Kaunselor, Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.....

Videonya :

video

Atau klik SINI

Share this article

2 Komen:

  1. amerika n satu dunia dunia suruh dia hentikan ujian nuklear tak di hapikkan.. najib suruh pulangkan blk rakyat msia dah pulang dah pun.. wa terpaksa tabik sama lu..

    BalasPadam
  2. Tahniah PM , Datuk Seri Najib , Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.....berjaya dlm rundingan bersama korea utara....
    Malaysia perlu berlembut dgn korea utara yg terkenal keras itu.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Sports

Gallery

Networkedblog

MENARIK

Social Share

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top