Nuffnang

RUU 355 : Baca dan Fahami Kenyataan Nik Abduh dan Asyraf Wajdi Ini!!!


Keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat, tidak melemahkan semangat PAS. Malah Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, pihaknya juga yakin usul persendirian yang dibawa presiden mereka itu akan tetap dapat dibentangkan di Dewan Rakyat.

"Itu cerita dulu (usul persendirian pembangkang tidak dapat dibaca langsung di Dewan Rakyat). Kita sudah dua kali bawa usul ini dan Speaker sudah benarkan, jadi kita yakin ia akan dapat dibacakan," katanya ketika ditemui pemberita di depan bangunan Parlimen. 

Malam tadi, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa BN tidak akan membentangkan RUU 355 selepas ia diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Najib berkata keputusan itu selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponennya. 

Sehubungan itu, katanya, pembentangan RUU 355 akan kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ditanya adakah PAS merasakan pihaknya disabotaj, Nik Mohamad Abduh berkata tidak, tetapi menyifatkan keputusan itu menunjukkan UMNO gagal meyakinkan rakan komponennya di dalam BN. "Oleh kerana di dalam BN perlu konsensus, maka betullah Perdana Menteri perlu tarik (keputusan RUU 355)," katanya.

Bukan Ditolak, Tapi RUU355 Akan Dibentang Sebagai Usul Persendirian

Ramai yang keliru bahkan sewenangnya membuat andaian dan kesimpulan seolah-olah RUU 355 ditolak kerajaan apabila YAB PM mengumumkan kerajaan tidak membentangkan RUU 355, sebaliknya kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS.

Sebelum terus berpolemik dan menanggung dosa kering memfitnah, moleklah bertabayyun dan memahami beberapa fakta berikut:

1. Usul Persendirian Rang Undang-undang 355 (RUU 355) akan mengikut prosedur dan aturan mesyuarat Parlimen yang memerlukan semua Rang Undang-undang Kerajaan diselesaikan terlebih dahulu.

2. Usul Persendirian RUU 355 jika dibentangkan kelak, bermakna versi RUU355 yang dicadangkan Pas akan terbuka kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat kelak.

3. Apabila dibahaskan terserah kepada proses demokrasi berparlimen untuk membincangkan secara tuntas pro dan kontra setiap aspek dalam pindaan yang dicadangkan.

4. Jika ditakdirkan RUU355 ini diterima kelak selepas dibahaskan dengan majoriti mudah, maka RUU ini diletakkan dibawah TANGGUNGJAWAB KERAJAAN bagi menyediakan penyata Kerajaan.

5. Apabila RUU355 sudah menjadi Penyata KERAJAAN maka prosesnya ialah Kerajaan meneliti kembali aspek-aspek di dalam cadangan awal pindaan yang dibuat PAS samaada untuk meminda bagi tujuan menambah baik atau kekal sebagaimana versi asal.

6. Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab kepada seluruh rakyat yang berbilang agama, perlu mengambil kira semua faktor termasuk aspek yang menjadi polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat terhadap cadangan pindaan RUU355 yang dikemukakan PAS.

7. Justeru tidak timbul Kerajaan menolak Akta 355 ini kerana Akta ini adalah milik kerajaan. Cuma yang membezakan adalah dicadangkan untuk dipinda oleh PAS sebagai usul persendirian.

8. Kerajaan tetap istiqomah dalam usaha memartabatkan institusi mahkamah syariah sejak Akta 355 diperkenalkan kerajaan pada tahun 1965 sebelum dipinda buat kali pertama pada 1984 dan kali kedua 1989.

Persoalan yang lebih mendasar apakah Parti-parti di dalam gabungan Pakatan Harapan terutamanya Amanah, PPBM dan PKR bersedia menyokong RUU 355 ini jika PAS membentangkannya kelak di Parlimen?

(DR ASYRAF WAJDI DUSUKI)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top