Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

"SELAMATKAN SABAH" : Polis "Hantar Pulang" Aktivis Media Sosial Ke Sabah.


Aktivis muda dari Sabah, Jufazli Shi Ahmad yang ditahan reman 2 hari lalu bakal dihantar pulang ke Kota Kinabalu petang ini, kata peguamnya Wan Anwar Wan Ibrahim.

Jufazli, 26 yang merupakan pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah ditahan reman di Lokap Berpusat Jinjang, ekoran kritikan lantangnya terhadap kerajaan negeri Sabah di Facebook.

“Kami diberitahu pegawai penyiasat yang Jufazli akan dihantar ke Sabah pada pukul 2.40 petang ini. Setakat ini tidak pasti akan ditahan di mana, tetapi difahamkan beliau akan dibawa ke Tawau.

“Lanjutan reman bergantung kepada pegawai penyiasat di sana,” katanya ketika dihubungi.

Wan Anwar turut berkata polis menolak tanpa sebab permohonan supaya Jufazli dibebaskan dengan jaminan.

Jufazli ditahan di sebuah pusat membeli-belah dan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers, sebelum dipindahkan ke Lokap Berpusat Jinjang, pada 9 November lalu.

Majistret Maizatul Munirah melanjutkan tempoh tahanan reman selama 3 hari, bermula semalam.

Jufazli lantang mengkritik kerajaan Sabah termasuk dalam isu rasuah bernilai RM114.5 juta melibatkan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah yang mendapat perhatian seluruh negara bulan lalu.

Semalam, Wan Anwar berkata anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (atas kesalahan fitnah), Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Siasatan terhadap Jufazli hanya berpunca daripada kritikan terhadap kerajaan negeri di Facebooknya dan polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) boleh mengaksesnya sendiri,” katanya, menganggap permohonan reman 4 hari oleh polis sebagai tidak wajar.

Wan Anwar, yang juga timbalan pengerusi Biro Undang-Undang Amanah, mendakwa Jufazli ditahan atas arahan politik, namun tidak menjelaskannya dengan lebih lanjut. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top