Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HENTAM SAJA : Rahman Dahlan "Sound" Rafizi


Rafizi Ramli disaran membuat kerja rumah terlebih dahulu sebelum mengelirukan orang ramai tentang soal pemilikan Malaysia Rail Line Sdn Bhd (MRLSB). 

Menteri di Jabatan Perdana Meù7nteri Datuk Rahman Dahlan hari ini membidas Setiausaha Agung PKR itu yang cuba membuat orang ramai percaya MRLSB milik 2 individu dan bukannya kerajaan.

Rahman menjelaskan pemilikan bersama itu sekadar bertujuan untuk memudahkan permulaan MRLSB, yang kemudian saham individu terbabit dipindahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

“Untuk memudahkan permulaan MRLSB, dua pegawai kementerian iaitu Dr Yusof Ismail dan Ahmad Suhaimi Endut dipilih menjadi Pengarah Pertama dan Pemegang Saham Pertama.

“Selepas itu, saham berkenaan dipindahkan kepada MKD dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 12 Oktober 2016,” kata Rahman dalam satu kenyataan malam tadi.

Rahman berkata Akta Syarikat 1965 semasa menetapkan syarikat tidak perlu menyerahkan daftar pindah milik saham kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini bermakna sebarang perubahan pada pemilikan syarikat tidak akan terserlah dalam sistem SSM sehingga pulangan tahunan syarikat dimasukkan.

“Ini menjelaskan mengapa laporan pencarian SSM oleh Rafizi masih menunjukkan 2 pegawai berkenaan sebagai pemegang saham MRL, sedang hakikatnya pemegang saham semasa adalah Kementerian Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

“Sekiranya Rafizi buat kerja rumah sebelum menuduh, beliau tidak akan kelihatan seperti seseorang yang terdesak mencari kelebihan politik hingga mengorbankan kredibiliti.” 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top