Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Kaji Pelabelan Minyak Masak Kitar Semula - Hamzah Zainuddin


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengkaji untuk mewajibkan pelabelan minyak masak kitar semula untuk membezakannya dengan minyak masak bersubsidi.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengguna keliru dan menganggap minyak masak kitar semula boleh digunakan untuk masakan tetapi sebenarnya ia digunakan untuk memproses sabun, bio-diesel, makanan haiwan dan sebagainya.

“Sehubungan itu, kementerian akan menentukan kaedah pelabelan untuk minyak masak kitar semula pada masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program ‘Ruang Bicara’ di Bernama News Channel, di sini, malam ini.

Hamzah mengulas kenyataan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia Dr Lee Nan Sang baru-baru ini, yang menyatakan pihaknya ada menerima aduan pengguna yang risau minyak masak kitar semula dijual secara berleluasa di pasaran.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kementerian akan menyiasat dan bertindak tegas jika wujud sindiket yang menjual minyak masak kitar semula, namun menyatakan ia adalah minyak masak bersubsidi.

“Orang ramai juga boleh membantu dengan melaporkan peniaga yang tidak beretika ini kepada kementerian agar kegiatan ini dapat dibanteras sepenuhnya,” kata beliau.

Selain itu, beliau berkata kementerian akan sentiasa memastikan bekalan minyak masak mencukupi di seluruh negara kerana apa yang berlaku sekarang ialah ‘pembelian panik’ (pembelian minyak masak pada jumlah banyak) sehingga bekalan bahan itu habis di pasaran.

Kredit AAKJ
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top