Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Minyak Masak - Kilang Gagal Keluarkan Paket 1kg Di Johor Bahru Berdepan Tindakan Ditarik Balik Kouta







>> Sebuah kilang pembungkusan minyak masak di Johor Bharu dikesan tidak mengeluarkan paket minyak masak bersubsidi 1kg sejak awal bulan ini dan berdepan tindakan ditarik balik kuota itu jika gagal berbuat demikian esok.

Johor Bharu: Ketua Unit Bekalan, Harga dan Anti Pencatutan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Muhamad Aizudin Muhamad Said berkata kilang itu dibekalkan kuota sebanyak 116 tan metrik minyak masak oleh kilang pembekal.

“Pembungkusan minyak masak 1kg adalah kemestian bagi setiap syarikat pembungkusan yang dilantik, di samping melakukan pembungkusan minyak masak botol 2kg dan 5kg.

“Antara alasan diberi ialah mereka tidak bersetuju dengan harga ditetapkan pembekal (syarikat pengeluar) dan tidak tahu bagaimana untuk membuat tuntutan balik subsidi (minyak masak) kepada kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, alasan itu tidak boleh diterima memandangkan ia tidak dihadapi syarikat pembungkusan lain, katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut di dua premis termasuk kilang pembungkusan itu di Pasir Gudang hari ini.

Muhamad Aizudin berkata pemilik kilang berkenaan sudah diberikan notis di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk melakukan pembungkusan minyak masak 1kg dan jika gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, KPDNKK Johor akan mengesyorkan kepada kementerian agar kuota minyak masak subsidi diperuntukkan kepada syarikat itu ditarik balik.

Katanya mengikut semakan terkini pihaknya, tujuh kilang pembekal minyak masak yang terdapat di negeri ini telah mengedarkan kuota minyak masak bersubsidi berjumlah 4,382 tan metrik kepada 41 syarikat pembungkusan.

Beliau berkata, pada awal bulan ini sebuah pasar mini di Kulai diambil tindakan kerana menjual minyak masak paket 1kg pada harga RM2.70 berbanding harga ditetapkan RM2.50.

“Jika sabit kesalahan, seseorang individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

“Sementara itu, bagi syarikat atau pertubuhan, denda sehingga RM2 juta dan kesalahan seterusnya denda tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

– Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top