Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PRESIDEN AMERIKA : Jangan Ambil Mudah Kuasa Pengundi - @NajibRazak


Kejutan yang tidak disangka dan diramalkan langsung bukan sahaja oleh penduduk Amerika tetapi juga seluruh masyarakat dunia. Kejayaan pada umur 70 tahun dengan kempen bertemakan ‘Jadikan Amerika Hebat Sekali Lagi’ juga membolehkan Trump menafikan hasrat Clinton untuk menjadi presiden wanita pertama AS.
Dengan kemenangan itu, Trump yang merupakan bekas ahli perniagaan bergelar jutawan dan personaliti program realiti televisyen itu muncul sebagai presiden AS ke-45 selepas Barack Obama selain presiden paling berusia yang pernah dimiliki oleh AS.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat menunjukkan para pengundi tidak boleh diambil mudah.


Dalam perutusan tahniah, Najib berkata, ‘kemenangan luar biasa’ Trump membuktikan amalan pengundian pendapat serta ulasan media adalah salah dengan menumpukan kepada mereka yang terpinggir.

“Kejayaan Trump menunjukkan ahli-ahli politik tidak boleh mengambil mudah pengundi. Undian pendapat dan tokoh-tokoh politik, semua memandang ringan di atas kekuatan sokongan beliau.

“Ikrar beliau kepada rakyat AS yang terpinggir – mereka yang ingin melihat kerajaan lebih menumpukan kepada kepentingan dan kebajikan mereka selain mengurangkan keterlibatan dalam campur tangan asing terbukti bertentangan dengan kepentingan AS – membawa Trump untuk menduduki Rumah Putih,” kata beliau dalam kenyataan.

Trump memenangi pilihan raya presiden AS sebentar tadi dengan memperolehi 276 undi menewaskan pencabarnya, Hilary Clinton dari parti Demokrat yang meraih 218 undi.

Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenang Trump adalah Winconsin yang memberinya 10 undi electoral.


Presiden Amerika Syarikat yang baru itu telah memuat naik tweet pertama setelah berakhirnya pilihan raya AS pada Selasa.

Terkenal dengan ungkapan rasis ketika berkempen, tweet beliau setelah menjadi presiden dipilih mencerminkan sisi yang berbeza yang membawakan mesej perpaduan.

“Malam yang indah dan penting. Tiada individu akan ketinggalan. Kita akan bersatu semula lebih erat berbanding sebelum ini,” kata Trump di Twitter.

Setakat ini, tweet itu telah menerima hampir 17,000 retweet dan 35,000 like.

Sementara itu, profil beliau telah dikemas kini dengan “Presiden-elect of the United States” (Bakal Presiden Amerika Syarikat).

Sebelum ini, netizen telah memuji ucapan sulung Trump di Manhattan, New York susulan kemenangannya.

Trump berkata dia akan berusaha menyembuhkan kembali luka yang dalam dalam kalangan rakyat negara itu dan bertekad untuk menjadi presiden kepada “seluruh rakyat Amerika Syarikat’.

Bukan itu sahaja, Trump turut memuji lawannya, Hillary Clinton dari Parti Demokrat yang telah lama memberikan khidmat kepada negara.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top