Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Demi Negara, Cuti Pegawai KPDNKK Terengganu Dibekukan


Kuala Terengganu: Cuti semua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu dibekukan sehingga masalah bekalan minyak masak di seluruh negeri itu selesai.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, arahan berkenaan dikeluarkan bagi memastikan pegawai KPDNKK bersedia dalam tugasan untuk memastikan bekalan minyak masak di pasaran negeri itu mencukupi.

Menurutnya, pihak turut mengarahkan 110 pegawai penguat kuasa dan 62 pegawai pemantau harga supaya menggandakan pemeriksaan bagi memastikan tidak timbul masalah berkaitan minyak masak.

“Pihak kami sudah menjalankan pemeriksaan di semua peringkat termasuk pembungkus, pemborong dan peruncit.

“Sehingga kini, tujuh premis pembungkus di Kuala Terengganu diperiksa sebanyak 14 kali, dua pemborong utama sudah diperiksa empat kali, empat pemborong peringkat kedua (8 kali), tujuh pasar raya utama (14 kali) dan kedai runcit (112 kali),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.-HM.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top