Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ASTRO OH ASTRO : Perkongsian "Mangsa" Yang Perlu Anda Tahu


KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan tetap astro meluahkan rasa tidak puas hati mengenai perkhidmatan stesen tv berbayar, Astro.

Menerusi perkongsiannya menerusi laman sosial facebook berkata, Astro melakukan penganiayaan dari segi caj perkhidmatannya.

“Astro memang banyak ‘hidden’ charge dia. Berlaku kat diri sendiri masa nak terminate. Lepas call customer servis, mereka kata kalau nak terminate, kena sebulan notis sebagaimana dalam agreement.


“Spontan aku cakap, takde dalam agreement dan tanya itu klausa berapa? Dia tak boleh jawab & tak tahu. Bila ditanya saya nak terminate hari ni jugak, apa yg perlu dibuat? Katanya kena ke servis center yg terdekat,”katanya

Menurut pemilik akaun yang bernama Kay Rules ini juga, beliau berkejar ke pusat servis apabila diminta untuk ke sana untuk urusan pemotongan.

“So, rushing ke servis center di Taman Molek JB. Staff dan manager kata tak boleh terminate. Kena sebulan notis. Aku kata takde dalam agreement dan minta astro kemukakan bukti yang aku sign agreement tu. So, diaorg surrender dan kenakan syarat, boleh terminate hari ni juga tapi dekoder semua dipulangkan. Piring tak perlu,” tulisnya. Menceritakan dia terpaksa pulang ke rumah untuk ambil semua kabel dan dekorder seperti yang diminta pihak astro.

Malangnya, selepas membuat semua pembayaran dan menandatangani borang pemulangan dekoder tersebut pihak pengurusan astro yang sebelum ini mengatakan tiada sebarang caj selepas itu, berlaku pula perkara sebaliknya.

"Tiga bulan lepas tu, astro hantar surat tuntut tunggakan beserta surat loyer dengan alasan aku tertunggak sebulan sebab ‘by hook or by crook’, nak ‘terminate’ kena notis sebulan.

“Dipendekkan cerita, lepas bertekak dengan customer servis dan respon kepada lawyer yang kurang bijak tu beserta bukti penutupan akaun, pemulangan dekoder dan resit-resit bayaran rasmi, terus senyap sampai ke hari ni.,”katanya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, pelanggan itu kemudiannya meminta lawyer tersebut memfailkan saman ke atas servis caj yang tidak dilanggan.

“Aku just ‘sound’ je lawyer yang kurang cerdik tu, sila saman saya atas servis yang saya tak langgan, akaun yang dah tutup dan dekoder pun dah takde atau saya saman awak atas percubaan menipu tuntutan palsu…,”tulisnya.

Status tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan perkara tersebut sebagai penganiayaan yang sengaja dilakukan oleh pihak syarikat besar seperti Astro - SuaraTV.
Share this article

2 Komen:

  1. Aku memang Dari dulu tak melanggan Astro yg tak berfaedah ni.. Bukan sebab tak mampu tetapi aku tak nampak apa2 kelebihan pun. Tak perlu nak control Anak Bini daripada mengadap tv yg menghidangkan program macam hampas Dan tak membina Minda langsung.

    BalasPadam
  2. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar bil-bil anda atau memulakan perniagaan anda sendiri? sila hubungi kami di johnsonleehelpfund@gmail.com untuk maklumat lanjut mengenai tawaran pinjaman berpatutan anda.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top