Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KAH..KAH...KAH... Pengakuan Kit Siang Mengenai Mahathir


Kah..kah...kah..... tak tahan penulis nak menahan ketawa dengan Kit Siang kali ini. Hanya budak tak cukup umur sahaja yang akan mempercayainya. Serius lawak beb. Kalah maharaja lawak.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mempunyai satu perkara untuk diperkatakan tentang Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulu lawan tetapi kini menjadi sekutunya - bahawa beliau tidak pernah membenci bekas perdana menteri itu.

"Saya tidak pernah benci Mahathir, saya tidak pernah benci sesiapa. Oleh kerana dalam politik, kamu tak boleh bersikap peribadi," kata Lim pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Lim berkata demikian walaupun hakikatnya beliau menghabiskan 17 bulan di kem tahanan Kamunting selepas ditahan di bawah ISA ketika Operasi Lalang pada 1987, semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Menjelaskan lebih lanjut, Lim berkata, beliau sebenarnya bertemu Mahathir selepas beliau dibebaskan untuk bertanya mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang ketika itu Ketua Pemuda Umno tidak ditangkap.

"Saya berkata kepadanya, 'Saya tidak datang bertanya kepada kamu mengapa kamu tangkap saya. Saya datang untuk bertanya mengapa kamu tak tangkap Najib. Jadi tiada apa-apa peribadi [...]. " katanya.

Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober tahun yang sama oleh Mahathir untuk meredakan 'ketegangan kaum'.

Tetapi hampir 19 tahun kemudian, Lim dan Mahathir adalah antara tokoh terkenal yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menuntut perletakan jawatan Najib sebagai perdana menteri.

Terdahulu dalam ucapannya pada forum anjuran Wanita DAP Wilayah Persekutuan, Lim berkata beliau dan anaknya iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah antara yang pertama ditahan dan yang terakhir dikeluarkan semasa Ops Lalang.

"Tetapi demi kepentingan negara, kita tidak perlu menjadi terlalu peribadi [...] ia adalah mengenai kepentingan rakyat dan negara," kata beliau sambil menegaskan bahawa semua perasaan peribadi dan perbezaan perlu diketepikan.

Kah...kah...kah.... Dua-dua kubur kata mari....
Share this article

3 Komen:

  1. Ketawalah engkau sampai terceret.....kenyataannya,
    NAJIB sudah menyatukan musuh-musuh yang bercakaran
    selama 50 tahun menjadi pejuang menuntut KEADIALAN
    dan KEBENARAN.
    Politik Malaysia sudah menunjukkan kematangan.
    Ideologi mungkin berbeza, tetapi bila negara ditimpa
    benca, mereka bersatu untuk menentangnya.
    Syabas Lim Kit Siang and Tun Det.
    Semoga anda berdua disehatkan selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. keadilan dan kebenaran apanya kalau islam pun tdk.. apa ke bingai na ko ni takkan kit siang membawa kebenaran sedangkan Allah pun dia tak kenal.. suruh dia kenal Allah dulu baru blh cerita kebenaran..

      Padam
  2. Kesian...nya...bersatu tang mana tu?hanya untuk jatuhkan PM Najib...ok...andaikan Pm Najib berjaya dijatuhkan...sapa nak ganti...?ok..agenda apa nak di bawa? Agenda PKr nak kuarkan Anwar dari penjara? Agenda LimKit Siang nak jadikan Malaysia sebuah republik macam Singapura atau agenda Ambiga untuk benarkan LGBT? Jawablah...Nak jatuhkan seseorang memang mudah tapi nak memilih pemimpin yang daapt memimpin negara yang berbilang bangsa dan agama bukan mudah...so...ada akal fikirkanlah,,,dalam benakmkamu tak terfikir ke dah berpuluh puluh fitnah dan berpuluh puluh orang cuba menjatuhkan Pm Najib..tapi Pm Najib masih seorang Pm..kerana Allah memelihara beliau...mudah bukan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top