Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ELAUN ITP : Penjawat Awam Sokong Cadangan CUEPACS?


MIRI: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda mahu pemotongan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dihentikan sekiranya kerajaan tidak mampu menyelenggara kuarters tersebut.
“Saya cadangkan guna konsep sewa dengan kadar yang rendah. Ini lebih adil kerana ianya membolehkan penjawat awam menyelenggara sendiri kuarters dengan menggunakan wang ITP,” katanya.

Beliau diminta mengulas rungutan penjawat awam di sini yang kuarters mereka duduki uzur dan tiada penyelenggaraan dibuat ekoran tiada peruntukan.

Azih berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan.

Penjawat awam kini menerima imbuhan ITP antara RM300 hingga RM3,000 bergantung kepada gred jawatan dan lokasi kediaman mereka, tetapi pada kadar 25 peratus bagi yang menduduki kuarters.

– Bernama

BB KATA :

Hmmm...setiap cadangan pasti ada pro dan kontranya. Kalau sekadar melibatkan kes dan kos yang kecil mungkin sesuai, tetapi kalau yang melibatkan kerosakan "major" macam mana?
Share this article

1 Komen:

  1. Mohon penyelarasan elaun perumahan wilayah agar selari dengan peredaran ekonomi dan kos sara hidup masa kini.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top