Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DEKLARASI ORANG TERDESAK? Akhirnya Madey Juga Kena Perlekeh!!!!


PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP mempertikaikan kerjasama yang diwujudkan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menyifatkan deklarasi yang ditandatangani berkenaan adalah 'dokumen yang tergesa-gesa' dan tidak jelas.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata deklarasi yang digelar "Selamatkan Malaysia" - ditandatangani sekumpulan ahli-ahli politik dan aktivis tidak jelas menggariskan mengenai aspirasi rakyat.

Beliau juga berkata, pengisytiharan itu yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang yang sama menurut beliau telah "menghancurkan ekonomi negara dan mentadbir Malaysia melalui cara autokratik".

"Saya bersetuju bahawa Najib mesti berundur demi masa depan negara. Tetapi dalam usaha ini, kita tidak harus lupa bahawa Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini.

"Kita tidak boleh menafikan bahawa selama 22 tahun berkuasa beliau menggunakan undang-undang zalim kepada penentang dan pengkritiknya," katanya.

"Dr Mahathir memperkenalkan politik wang dalam Umno, mencabul badan kehakiman yang bebas dan menghalang kebebasan media," kata Santiago.

Jumaat lalu, Dr Mahathir bersama-sama dengan pemimpin pembangkang termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menandatangani deklarasi untuk menjatuhkan Najib.nya.- SUMBER

MAHATHIR YANG TERDESAK DAN TIDAK TERAMPUN

Jika sebelum ini, pentaksub PakaTUN menganggap Tun Dr Mahathir sebagai 'Pemimpin Utama' dalam deklarasi yang ditandatangani bersama dengan puak - puak DAPigs tu baru - baru ni.

Tapi ternyata, bagi pihak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs tu sedikit pun tidak mengiktiraf kedudukan Tun Mahathir sebagai 'Ketua'. Sebaliknya mereka anggap Tun sebagai 'Pencacai'.

Bagi Presiden PKR yang juga merupakan Ketua Pembangkang didalam Parlimen, perkara itu cukup jelas. Dan dia sendiri menyatakan bahawa Tun "Tak Kuat" dan memerlukan bantuan mereka.

"Tidak...tidak...itu tidak betul, Dr. Mahathir tidak kuat, dia yang memerlukan bantuan daripada kami (pembangkang)," katanya.

Dalam masa yang sama, Presiden PKR tu juga turut menyatakan bahawa dia masih lagi belum mengampunkan dosa yang telah dilakukan oleh Tun terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Kata Si Wan Azizah, melupakan tindakan yang telah dilakukan oleh Tun terhadap Si Ketua Penipu tu pada tahun 1998 adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan ianya dua perkara berbeza.

Malah Si Wan Azizah turut menegaskan bahawa deklarasi yang ditandatangani oleh Tun serta beberapa orang pemimpin UMNO sebelum ini juga perlu membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara.

"Ia tidak kira sama ada dia (Mahathir) setuju atau tidak, ia tentang reformasi kami, dia (Anwar) adalah mangsa pertahanan penjara. Sekiranya kita membebaskan dia (Anwar), itu adalah reformasi yang terbesar yang kita berhutang kepada negara," katanya lagi.


Dalam erti kata lainnya, hidup - hidup je Tun dan pemimpin - pemimpin UMNO yang menandatangani deklarasi tu sebelum ini kena kencing dengan puak - puak Pakatan Haprak tu. Hakikatnya, diorang terjebak dalam agenda nak membebaskan Si Ketua Penipu tu!!!

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top