Nuffnang

Ewah..Ewah...Mahfuzzz, Johari... Sedapnya Cakap!!!


Cubaan pemimpin UMNO Kedah yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar disifatkan sebagai suatu gerakan mafia.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan menjatuhkan Mukhriz itu hanyalah sebagai usaha untuk menyelamatkan UMNO dan bukannya mengatasi masalah rakyat.

“Saya sangat kesal dan kecewa tentang apa yang berlaku, kerana alasan yang diberikan adalah Mukhriz gagal mengukuhkan UMNO,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua Whip PAS itu menyatakan, rakyat Kedah secara umumnya tidak mempunyai masalah dengan pentadbiran Mukhriz sebaliknya tidak selesa dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Orang banyak masalah dengan Najib. Afdhalnya adalah kita menukar Perdana Menteri dan bukannya tukar Menteri Besar.

“Kelemahan Perdana Menteri lebih besar dari kelemahan Menteri Besar. Mengekalkan Mukhriz adalah lebih baik dalam keadaan sekarang,” tegasnya.

Selain itu, Mahfuz menyatakan jika Mukhriz berjaya disingkirkan, kerajaan yang bakal dipimpin kelak merupakan pimpinan dari ‘kertas tandas’.

“Tindakan menyingkirkan Menteri Besar itu tidak melalui proses demokratik. Jika berlaku perubahan nanti, saya akan anggap ia hanya boneka dan kerajaan kertas tandas,” katanya. - FMT

Puiii..!!!

Ni satu lagi.... perasan bagus!!

Tindakan PKR menukar bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui "Langkah Kajang" dilakukan secara "tertib" berbanding tindakan sama yang cuba dilakukan Umno Kedah terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Datuk Johari Abdul. 

Ketua Whip Parlimen PKR itu berkata, dalam keadaan hari ini, tindakan Umno Kedah untuk menukar Mukhriz adalah tidak masuk akal kerana ia melibatkan pertelingkahan di peringkat nasional, susulan pergeseran antara kepimpinan dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

"Pada peringkat ini tidak masuk akal (untuk tukar Mukhriz) kerana memenuhi kehendak parti, kerana pertelingkahan antara Tun (Dr Mahathir) dan kepimpinan Umno. "Kalau pun nak berlaku mesti melalui tertib demokrasi. 

Nak memaksa dengan paksaan ini memberikan kecelaruan di peringkat bawahan. 

"Di Selangor kami laksanakan dengan tertib. Masalahnya Umno tidak melakukannya dengan cara tertib seperti kami," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. 

Johari, yang juga ahli Parlimen Sungai Petani berkata, proses penukaran Khalid dilakukan PKR selepas rundingan secara tertutup dilakukan dengannya, namun disebabkan keengganan untuk berundur, PKR memulakan langkah menyingkirkannya.

Mungkin Johari ni buta dan tuli kot.... kan Tan Sri Rahim Tamby Chik dah buat pendedahan 2-3 hari lepas apabila beliau mengatur "perdamaian" antara Tun M dan Najib..... Bengap tak boleh diajar!

Ni pula tulisan blogger Omak Kau :

Bukankah juga timbul pergeseran dan pertelingkahan secara terbuka antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim???? .. Jadi apa bezanya masalah yang melanda UMNO Kedah dengan PKR Selangor tahun 2014??? 

Tahun 2014 PKR menggunakan akuan bersumpah dan cara yang sama diguna pakai oleh UMNO/BN Kedah kini. Tahun 2014 PKR/DAP kumpulkan para ADUNnya untuk dapatkan persetujuan .. langsung tidak ada beza dengan UMNO Kedah kini. 

UMNO lakukan dengan pengetahuan rakan-rakanya dalam BN sedangkan PKR buat keputusan besar tanpa dimaklumkan terlebih dahulu rancangan Langkah Kajangnya dengan PAS dan DAP ... dah buat keputusan baru maklumkan kepada DAP dan PAS ... itu tertib murni dan demokratik kah dalam semangat Pakatan Rakyat???? 

Semasa krisis MB Selangor diperingkat bawahan dan akar umbi tidak bercelaru???? Ketika kes MB Selangor Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pun tak setuju. 

Kes MB Selangor dengan penuh tertib sopan santun beradab PKR pecat Tan Sri Khalid Ibrahim .. MB Kedah Mukhriz Mahathir kena pecat ke???? .. tertib sangat dan berbudi bahasa tinggi ke PKR dalam hal ini??? 

Dalam kes MB Kedah tidak dilakukan roadshow jelajah satu Kedah dengan pelbagai tuduhan skandal dan alasan setebal 92 helai muka surat sehingga diheret ke Mahkamah Tinggi sampai mengaku bersalah secara terbuka ianya adalah fitnah jahat lagi jijik belaka. 

Bersopan santun tertib dan demokratikkah PKR dalam isu ini?????
Share this article

4 Komen:

  1. KALI NI AKU SETUJU CAKAP MAHFUZ BEAN..ORG KEDAH NAK MUKHRIZ, ORANG LUAQ X TAU PUN JANGAN CAKAP PANDAI...

    NA TUKAR NAK ATUR SEMUA PEMIMPIN BUAT KERAJAAN SENDIRILA MACAM BRUNAI.

    BalasPadam
  2. Ya ke,,,kau orang Kedah.....jngan nak tipu....orang Kedah ,rakyat Kedah mahu MB duduk bermastautin kat Kedah bukan pagi kat Kedah Malam kat Kl.dah tu bini Mb ni sombong sangat tak mahu tinggal kat Kedah nak duduk kat Istana mereka kat Kl tu....tolonglah....Mb harus turun tengok keliling kawasan Kedah ni tidak semua suruh pegawai....dia kat Kl ...Mb apa mcm ni...kalau Wan jijah bolehlah dia wakil Kajang wakil permatang pauh tak tinjau pun pengundi bodoh sokong jugak dia tapi ni kedah kau buat mcm tu alamat kalah lah Umno...

    BalasPadam
  3. Yg komen bodoh kat atas tu dia org Pro Tun Mamak. Memang taksub pd Mukhriz wapun MB part time tu lembik dan blur taktau apa lah sumbangannya pada Kedah.
    Tgh org sibuk2 melawan PAS semasa jentera Dato Ahmad Bashah dlm serba kekurangan.. anak mamak ni mana ada di Kedah..dia bersenang lenang sebagai Timbalan Menteri

    Ala maklumlah rumah swimming pool ada karaoke tepi pool mana mau duk di Alor Setar.. debu hampaih jerami padi banyak..bini ala selibriti kasut tumit tinggi sejengkal mana lah boleh duk di bendang berselut..

    takut bini punya pasai jadilah dia MB Part time.. kasi kaya Air Asia ulang alik KL Asetar macam naik bas Transnasional.. kunun lah rajin.. time PM Najib turun dia pun tunjuk kalut laa

    time media ada apa2 coverage dia pun kalutlah cakap tunjuk muka.. kerja sapa buat? Tanya EXCO lah.. depa pun tak respect dia.. yg dia tau nak CANTAS Najib di belakang dgn kekuatan Madey


    So tak payah nk bohong lah org kedah tak kisah mana pasai Mukhriz kecuali mat2 budak2 motor dari Air Hitam, Jerlun yang diupah geng Mukhriz buat2 kecoh depan Masjid Zahir kunun sokongan 30k? cehh 200 org tak samapi..


    Sepatutnya Dato Ahmad Bashah yang paling senior jd MB tapi malang Madey cepat2 cantas.. dan ugut Najib. Najib hanya jadi pak turut Madey waktu itu.
    Skrg no way lah.. hantaq balik anak mamak ni balik KL

    Ganti segera MB kedah dengan anak Kedah full time!!

    BalasPadam
  4. Pasai MAhposs Bean ni toksah dok layan sgtlah apa dia cakap.. dia ni SRP pun tak lulus. lepas tu antara penentang Allahyarham Ust Azizan MB dulu.. dia skrg ni talam 10 muka.. parasit PAN dalam PAS Kedah./

    Dia penjilat tegar Nuar Ketom. Silap2 dia buh penampaq kalau kita cerita tak elok pasal Nuar.. taksub dia pada Nuar mengalahkan dewa hindu!

    So kalau dia ckp ala mafia.. angguk je lah.. sbb dia ala komunis.. gerakan gerila nak jatuhkan MB PAS dulu.. sapa tak kenai team dia dgn Pahrolbasi!

    Mintak simpang dr Allah dr PAS perintah Kedah.. ibarat bagi dajjal perintah negeri kita!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top