Seorang lagi rakyat Malaysia dipercayai ahli kumpulan militan IS dikesan terbunuh dalam satu serangan berani mati di negara bergolak Syria.
Ahmad Salman Abdul Rahim, 40, dilaporkan terbunuh dalam satu serangan terhadap Lapangan Tentera Udara Kuwayris di wilayah Allepo, semalam.
Menurut laporan, serangan terhadap pangkalan tentera itu dilakukan oleh satu skuad Inghimas dipercayai kumpulan yang ditubuhkan terhadap pasukan tentera di sana.
Dia yang turut dikenali sebagai Abu Suleiman disahkan terbunuh akibat kecederaan parah di seluruh badan, lapor Utusan hari ini yang memetik sumber.
Pengesahan kematian lelaki berasal dari Parit Buntar, Perak itu dibuat oleh seorang lagi rakyat Malaysia yang juga pejuang kumpulan pelampau IS.
Bekas pelajar sebuah universiti di London ini adalah antara 45 rakyat Malaysia yang tersenarai menganggotai pasukan keganasan di negara itu.
Malah, satu sumber mendedahkan bahawa Ahmad Salman ialah salah seorang daripada individu yang bertanggungjawab merekrut rakyat Malaysia untuk berjuang di sana.
Menerusi laporan media terdahulu, Ahmad Salman pernah memberitahu bahawa perjuangannya di Syria bermula setelah berkenalan dengan seorang rakyat Malaysia di India, yang bertanggungjawab memperkenalkannya dengan seorang ustaz yang berasal dari negara itu.
Dia kemudiannya diarahkan untuk terbang ke Istanbul, Turki memasuki negara itu melalui Hatay sebelum menyertai serpihan kumpulan militan Al-Qaeda.
Dia turut dipercayai bertanggungjawab menjadi dalang dalam mempengaruhi rakyat Malaysia terhadap aktiviti keganasan melalui laman-laman sosial.
Ahmad Salman adalah antara rakyat Malaysia yang terkenal dalam kalangan rakyat negara ini ekoran pendedahan tentang perjuangannya di Syria menerusi laman Facebook.
Ini turut dibuktikan apabila dia dikesan begitu aktif menerusi laman Twitternya dalam memperjuangkan peperangan di negara-negara yag dikawal IS sehingga menjadi tarikan rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan gerakan militan di negara berkenaan.
Bagaimanapun sejak 31 Disember lalu, dia mula berhenti memuat naik sebarang status di laman Twitternya. - SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....