Berita terpanas hari ini pastinya berita yang diterbitkan oleh BBC News yang melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengesahkan sejumlah RM2.6 Bilion (USD $681m = £ 479m) telah disumbangkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sebagai dana politik bagi membantu beliau memenangi pilihan raya 2013.
Kebimbangan Arab Saudi ke atas pengaruh Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) antara faktor yang mendorong kepada derma tersebut menurut sumber.
Menurut sumber Saudi lagi yang tidak mahu namanya didedahkan, derma tersebut diluluskan oleh pihak "tertinggi Saudi", Almarhum Raja Abdullah dengan menggunakan dana peribadi dan kerajaan.
Tujuan sumbangan itu adalah mudah, kata sumber tersebut; ia adalah untuk membantu Najib dan parti pimpinannya (Barisan Nasional) memenangi pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan kepada wilayah Sarawak, dan pembiayaan program-program sosial semasa kempen parti.
Ditanya adakah dana itu sesuatu yang pelik, sumber Saudi itu memberitahu ianya tidak, malah dana seperti itu turut diberikan kepada Jordan, Mesir, Morocco dan Sudan.
Ditanya adakah dana itu sesuatu yang pelik, sumber Saudi itu memberitahu ianya tidak, malah dana seperti itu turut diberikan kepada Jordan, Mesir, Morocco dan Sudan.
Semalam, Dato' Sri Najib berkata berikutan isu sumbangan kini selesai sepenuhnya, sekarang masanya bagi rakyat Malaysia untuk bersatu dan bergerak ke hadapan.
Perdana menteri berkata isu berkenaan telah menjadi gangguan tidak wajar terhadap negara ini.
Dalam entri terbaru akaun Facebooknya, Najib memberi keutamaan untuk Malaysia bergerak ke hadapan.
“Saya akan menggandakan tumpuan saya terhadap isu-isu yang menjadi keutamaan Malaysia, terutama memerangi ancaman pengganas dan mengukuhkan ekonomi ketika berdepan cabaran global.”
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan jenayah berkaitan siasatan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri.
Bercakap di Putrajaya, Mohamed Apandi berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.
“Tiada apa-apa kesalahan jenayah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini berhubung hasil siasatan kes berkenaan.
Najib berkata beliau mengalu-alukan kenyataan Mohamed Apandi berhubung perkara itu.
“Hasil keputusan itu adalah menerusi siasatan terperinci oleh pelbagai institusi berkaitan, dan beliau mengesahkan apa yang saya pertahankan selama ini – tiada kesalahan jenayah dilakukan.”
Najib berkata beliau sedar bahawa pembiayaan politik merupakan topik yang menjadi perhatian orang ramai.
Katanya sebab itu beliau memulakan cadangan pembaharuan dana politik pada 2010, tetapi malangnya ia dibantah oleh pembangkang pada masa itu.
“Bagaimanapun, saya mengarahkan mereka mengusulkan semula (cadangan itu) untuk dibincangkan,” katanya.
Ooooh...macam tu cerita sebenarnya ya pak pandir..duit sedekah rupanya. Tapi masa pak din Dan pak piee Tanya dulu kenapa tak cakap kat diaorang kisah sebenarnya? Kenapa terus tendang diaorang daripada kabinet dapur Mak mah.
BalasPadamPulak dah, hari tu kata wang tu didermakan untuk lawan IS, sebab amalkan ajaran Islam ahli sunnah wal jamaah, sebab nak lawan Yahudi dan DAP bagai, kini sebab nak mengekang Ikhwanul Muslimun pula, di Malaysia ni ada ke parti politik Ikhwanul Muslimun ni? Auta dan terus auta.
BalasPadamPara blogger juak Najib dah tak tahu malu, menipu sahajalah kerja mereka.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Dah ramai rakyat Malaysia termasuk Tun Mahathir sendiri yang sangat bermurah hati dan bersungguh-sungguh secara "ikhlas" untuk mensedekahkan amal jariah masing-masing kepada Najib. Ini membuktikan memang ramai rakyat Malaysia yang bersifat pemurah untuk mensedekahkan bekalan amal yang sangat berharga untuk kehidupan akhirat mereka kelak. Kalau pun mereka tidak ada amal yang baik mereka ini sangat bersedia untuk mengambil sisa-sisa dosa PM Najib dan isterinya. Untung Perdana Menteri Malaysia ini.
BalasPadamPenat jer tuan-tuan semua solat hari-hari rupa-rupanya pahalanya hanya untuk diberikan kepada orang lain.
Iya ke? Dalam kes Najib ni, banyak perkara yang meragukan, wang derma tu derma untuk siapa? Bukan untuk UMNO walaupun Najib dan juak-juaknya menyatakan wang itu derma untuk UMNO sebelum ini, malahan Najib dan juak-juak kata wang itu dah habis digunakan untuk kegunaan parti, tapi kenyataan dari Apanda Ali pula menyatakan wang itu dah dipulangkan kepada keluarga diraja Arab Saudi, maka siapa yang membohong sekarang ini?
PadamLagi satu, Najib adalah penjawat awam, jawatan Perdana Menteri adalah jawatan penjawat awam, Najib telah melanggar Peraturan Tatatertib Penjawat Awam 1993 di mana Najib tidak mengishtiharkan derma yang diperolehinya itu, kerana berdasarkan peraturan tatatertib penjawat awam 1993, sebarang pemilikan harta dan pelupusan harta di dalam tempoh perkhidmatan penjawat awam dan sebelum itu hendaklah diishtiharkan kepada pihak kerajaan.
Tetapi dalam kes Najib ini, dia menerima pemilikan harta iaitu RM 2.6 bilion, RM 2.08 bilion adalah dari Arab Saudi, lagi RM 520 juta tak tahulah dari mangkuk hayun mana pula yang beri. Najib tak buat pengishtiharan harta pun pasal pemilikan harta itu.
Begitu juga bila Najib melupuskan sebahagian harta itu berjumlah RM 2.03 bilion dengan memulangkan semula kepada Arab Saudi, Najib juga tidak membuat pengishtiharan mengenai pelupusan harta itu pun.
Najib menggunakan RM 50 juta dari derma Arab Saudi itu, manakalah lagi RM 520 juta tak tahulah apa yang dah jadi.
Sedarlah semua.
Salam perjuangan A Ba Ta,
Ikhlas daripada,
Abu Bakar
Who is the source?
BalasPadamJangan ambil sekerat2 la admin. The saudi is monitoring and investigating the matter...
Tak kisahlah apa ceritanya yang tahu hanya Najib Almarhum Raja Abdullah yang pemurah serta Allah ....yang lain tqk penting tapi yang berdosa adalah mereka yang sampai menyampai yang panjang ,memanjangkan cerita kononnya Najib ambil duit 1 mdb ..kesian...tu bila nak jumpa Najib nak mohon maaf....tengok tak muka Najib bertambah berseri seri berkat fitnah kamu semua ...padang mahsyar Najib ngan Rosmah collect tol untuk ke Jannah...kepada mereka yang tidak menuduh malah mempertahankan Najib jangan risau InsyaAllah kita juga dapatlah saham sikit ...kerana Allah Maha Mengetahuii lagi Bijaksana. tahniah kerana tidak termakan hasutan dan fitnah orang.
BalasPadam