Nuffnang

MH370 : Spekulasi Baru Dengan Penemuan Bangkai Pesawat Di Pantai Thailand


BANGKOK, Ahad – Kepingan bangkai pesawat dijumpai di pantai Selatan Thailand malam tadi, mencetuskan spekulasi ia berkemungkinan salah satu serpihan daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014 lalu.

Menurut pegawai tempatan, logam besar yang melengkung itu terdampar di pantai wilayah Nakhon Si Thammarat.

Ketua Daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan berkata, penduduk kampung menemui sekeping logam dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pasti objek berkenaan.

“Penduduk menjumpai kepingan berukuran kira-kira 2 meter lebar dan 3 meter panjang, “katanya.

Penemuan ini mencetuskan spekulasi dalam media Thailand bahawa serpihan itu kemungkinan adalah daripada pesawat MH370, yang hilang bersama 239 orang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014.

Tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa bangkai itu adalah sisa pesawat berkenaan.

Logam yang dipenuhi teritip itu mempunyai ciri-ciri yang sepatutnya membantu untuk mengenal pasti sama ada ia adalah sisa MH370.


Di sebelah belakang beling, terdapat satu wayar merah boleh dilihat tergantung dengan nombor siri ‘SG5773-1.

Nelayan tempatan mendakwa kemungkinan kepingan itu berada di dalam laut tidak lebih daripada satu tahun, berdasarkan kepada teritip di atasnya. -Agensi
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top