Cubaan pimpinan Umno Kedah menyingkirkan menteri besar negeri itu akan memakan diri, kerana Barisan Nasional (BN), parti pemerintah di negeri itu, akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri yang juga bapa menteri besar itu berkata, mereka yang berusaha menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga tidak mempunyai rekod kepimpinan yang baik.
“Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya.
“Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS (pada tahun 2008). Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang,” beliau dipetik berkata Mstar Online, hari ini. Dr Mahathir yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menasihati anaknya itu tiada perkara yang mustahil dalam berpolitik.
“Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Tak ada apa yang kekal. Anda ada rakan dan musuh.
“Kadang-kadang rakan berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan,” katanya menurut laporan portal berita itu.
Kepimpinan Umno Kedah sebelum ini menggesa campur tangan Najib menggugurkan Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno negeri susulan kegagalannya membentuk jentera menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mungkin Tun dah lupa kot apa yang pernah Tun buat di Kedah sebelum ini? Takpa la Tun, jasa dan pengorbanan Tun kepada rakyat dan negara tetap dihargai. Tetapi apa yang sedang dlakukan Najib di Kedah ketika ini adalah apa yang pernah Tun lontarkan kepada media......
Tidak mungkin bahtera akan berlayar ke destinasi andai ada 2 nakhoda. Mereka-mereka yang tidak sehaluan dengan hasrat dan perjuangan kepimpinan perlu dinyahkan dari pasukan. Seperti kata Tun juga, Kadang-kadang rakan berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan,”

0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....