Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#KedahBergolak : Najib Mengadap Jemaah Pemangku Sultan Pagi Ini?


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pagi Jumaat, bagi membincangkan pengganti Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 
Pertemuan dijangka berlangsung di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, di sini, dipercayai turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din. 

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi, namun sumber terdekat dengan pentadbiran negeri mengesahkan pertemuan yang dijangka berlangsung jam 8.30 pagi. 

Ketika dihubungi malam ini, Bakar mengesahkan sudah berada di ibu negara, tetapi enggan mengulas lanjut. 

Mukhriz dijadualkan turut berada di Kuala Lumpur pada Jumaat bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka pada sebelah petang. 

Kedudukan Menteri Besar Kedah menjadi polemik apabila kepimpinan Mukhriz ditolak sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah serta kepimpinan UMNO bahagian negeri itu. 

Ada antara Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang menyokong pertukaran pucuk kepimpinan negeri, turut tidak menghadiri Mesyuarat EXCO yang dipengerusikan Mukhriz di Wisma Darul Aman pada Rabu lalu. 

Selain itu, sebahagian besar ADUN Barisan Nasional (BN) daripada UMNO juga dikatakan sudah menandatangani Akuan Berkanun akan menyokong pertukaran dan pelantikan Menteri Besar yang baharu. - SUMBER
Share this article

4 Komen:

  1. Pasti rakyat Kedah sedih mendengar berita ini...

    BalasPadam
  2. Rakyat kedah tak lah sedih sangat ...itu mahadey...sekarang ni akhir zaman..u..menfitnah Najib Allah bayar cash kat hang ...tengok Mukhriz elok2 dia jadi MB pasai hang perdajai buat cerita fitnah Najib konon Najib makn herta rakyat.lah ni...hang tengok mailah...anak hang yang kena bungkus balik kula lumpur..so pada sesapa nak fitnah pikiaq seribu kali..takut2 fitnah tu balik ke diri hang atau keluarga hang balik....ni lah buktinya..kes mukhriz

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETUL sokong Tanpa Nama 2.24!

      Lagipun Mukhriz ni ULAR SENDUK jugak.. belakang ckp lain depan cakap lain..
      depan PM dia tunduk rapat kat lutut Najib mcm taat

      Belakang Najib dia tikam habis2an..

      sbb itu UMNo Kedah meluat dgn anak mamak kerala ni. Sudahlah masuk Kedah tak bagi salam.. lepas tu skrg tamak kuasa.

      Padam
  3. Assalammualaikum....aku bagi salam ni....kalau nak jadi penjilat geng geng najib tahap dewa, tak kan idea tu ja hangpa duk pukul canang. Apa hangpa tak rasa pelik ka..2.06 B bagi kat najib semata mata...baik pak arab bagi kat orang miskin macam hangpa semua...ada pekdah..najib dah kaya raya buat apa...dulu kata nafi nak saman..alih alih kata duit tu duit derma....nak menderma sampai billion...baik masuk dalam akaun bukan persendirian ..baru x timbul syak wasangka....nak menipu rakyat lagi noo.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top