Kemelut pergolakan kepimpinan di Kedah nampaknya sudah hampir di penghujungnya. Perbedaan dan perselisihan seperti sudah dapat dirunding dan diselesaikan dengan semangat setia kawan.
Kedah akan mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.
Menurut sumber, kesemua mereka telah menyatakan taat setia kepada Presiden UMNO dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu. Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan UMNO dan Barisan Nasional.
Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90% adun BN Kedah.
Apa yang menjadi pertimbangan ketika ini ialah sama ada mengekalkan keputusan melantik Timbalan Pengerusi BN dan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah atau melantik calon lain yang kurang kontroversi dan bagi meredakan keadaan.
Sebelum ini MYKMU pernah melaporkan bahawa 3 Ahmad antara nama dipertimbangkan sekiranya perubahan kepimpinan Kedah dilakukan.
Kem Mukhriz dikatakan telah menerima hakikat mereka tidak lagi mampu menghalang perubahan dan sekarang berusaha untuk menolak pelantikan Ahmad Bahsah sebagai Menteri Besar.
-MYKMU.NET
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....