Nuffnang

USUL 25 Sidang Parlimen : Najib Razak Berdepan Undi Tidak Percaya!!!



Hangat ketika ini membincangkan usul no 25 sidang parlimen yang akan diadakan pada minggu depan iaitu usul undi tidak percaya oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Hee Loy Sian, dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Oktober-Disember 2015 ini.

Menurut sumber, sungguhpun terdapat lima orang ahli Parlimen Barisan Nasional akan menyokong usul undi tidak percaya ini, namun Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dikhabarkan telah pun mendapat sokongan 140 ahli Parlimen termasuk 10 orang dari Pas dan sekurang-kurangnya 2 ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat.

Empat dari Lima Ahli Parlimen Barisan Nasional yang DIJANGKA AKAN menyokong usul undi tidak percaya ini ialah Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Seri G Palanievel, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Aziz Sheikh Fadzir. Bagaimanapun sumber enggan memaklumkan nama ahli parlimen yang kelima.

Oleh kerana Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi Parlimen, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, usul undi tidak percaya ini memerlukan sokongan 122 orang ahli Parlimen. Menurut sumber ia hampir mustahil untuk diperolehi oleh PKR.

Untuk berjaya menjatuhkan Perdana Menteri, PKR perlu mendapatkan sokongan 12 orang ahli Parlimen Barisan Nasional dan kesatuan ahli Parlimen DAP, Pas, PKR dan serpihan Pas.

Dalam senario terburuk kepada Mohd Najib Razak, PKR dengan bantuan Tun Mahathir Mohamad mungkin berjaya mendapat sokongan 10 orang ahli Parlimen BN. Ia masih tidak mencukupi untuk menggugat Perdana Menteri kerana masih mempunyao sokong 124 ahli parlimen BN.

Malah senario yang lebih menarik ialah Perdana Menteri dijangka mendapat sokongan melebihi angka ahli Parlimen Barisan Nasional sekarang 134.

Halang Usul Undi Tidak Percaya

Ramai percaya Barisan Nasional (BN) akan menghalang usul ini. Satu-satunya cara untuk menghalang usul persendirian ini ialah meleretkan perbahasan-perbahasan usul kerajaan terutamanya Bajet 2016 sehingga menjadikan tiada masa untuk pembentangan usul persendirian.

Bagaimanapun Barisan Nasional dijangka tidak akan menggunakan strategi terbabit.

Sebaliknya dalam satu “gerakan politik Perdana Menteri”, BN dijangka akan meminta undi tidak percaya ini dilakukan secara terbuka sekaligus membolehkan Perdana Menteri mengetahui siapa wakil rakyat BN yang tidak menyokong beliau. 

-MYKMU.NET
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top