Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BERITA BAIK? Saman AES Mungkin Dihapuskan!!!


Kerajaan berkemungkinan akan menghapuskan lebih 1.6 juta kesalahan trafik yang dikeluarkan menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak lama lagi, lapor The Sun Daily hari ini.

Laporan itu yang memetik sumber berkata, difahamkan pihak berkuasa akan menggugurkan caj yang belum selesai terhadap pesalah dan melupuskan kira-kira setengah billion ringgit denda yang dipungut daripada saman AES sejak September 2012.

Ia juga melaporkan kerajaan sedang bersedia untuk menggugurkan kesalahan yang dirakam oleh AES pada peringkat perintis dalam usaha untuk bergerak ke fasa kedua.

"Tindakan di bawah peringkat pandu dibelenggu oleh masalah teknikal yang timbul daripada proses pengumpulan bukti yang tidak dilakukan oleh pegawai penguat kuasa," kata sumber berkenaan.

"Pihak pertama di pusat kawalan AES yang mengumpul gambar-gambar resolusi tinggi berkaitan dakwaan kesalahan trafik , adalah kakitangan syarikat swasta.

"Peranan pihak pertama untuk mengumpul bukti itu sepatutnya (dijalankan) oleh polis atau pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bukan sepatutnnya kakitangan swasta. Inilah punca undang-undang terhalang," lapor portal berkenaan memetik sumber.

Untuk rekod, kesalahan yang dirakam oleh kamera AES 'digantung buat sementara waktu' sejak Disember 2012 atas alasan teknikal oleh Jabatan Peguam Negara.

Dilaporkan juga kes-kes yang 'dibekukan' di mahkamah dikenalpasti sebagai penghalang kepada pelaksanaan fasa kedua AES yang akan dijalankan oleh agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.

"Jumlah besar kes-kes mahkamah yang tertunggak di bawah AES fasa pertama seperti 'beban' kepada kerajaan. Kita perlu menghapuskannya sekarang untuk mengelakkan AES menjadi sebuah 'kapal tenggelam'," petik kata seorang pegawai kanan kerajaan.

"Pelaksanaan AES kedua meliputi 350 lokasi pada suku pertama 2016, akan menjadi seperti membuka halaman baru. Kali ini kerajaan akan melaksanakannya dengan betul," kata pegawai itu lagi.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad bagaimanapun dilaporkan berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung dengan kes AES yang masih belum selesai.
Share this article

1 Komen:

  1. berita baik ko kate?
    dgn mati atas highwan dan jalan bergelimpangan dek kerana sikap samseng pemandu..tetiba hapus aes ko suke? aduhh. apa nak jd lg lepas ni hghway negara sungai maut.. kurang2 ade aes kwsn tu org pakat2 slow jd baik jgk..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top