Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

FITNAH : Malaysiakini Kantoi Buat Kesekian Kalinya


SRC International Sdn Bhd menyangkal laporan dua portal berita berhubung dakwaan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri dan rajah kononnya aliran dana ke dalam akaun beliau, yang menyatakan pinjaman RM4 bilion diperoleh syarikat itu daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah disalah guna.

Dalam kenyataan di sini pada Rabu, syarikat itu berkata berdasarkan siasatan dalaman, dipercayai dakwaan itu berdasarkan dokumen yang telah dipalsukan dalam cubaan untuk sengaja mengelirukan orang ramai.

"Hakikatnya, semua RM4 bilion yang dipinjam daripada KWAP diambil kira di dalam kunci kira-kiranya, selaras dengan amalan piawaian perakaunan dan tadbir urus. Tiada satu sen pun daripadanya telah disalah guna seperti didakwa oleh mereka yang mempunyai niat jahat," katanya.


Syarikat itu berkata dakwaan palsu itu merupakan satu serangan yang serius terhadap SRC dan telah menyebabkan kesan kewangan yang negatif serta menjejaskan reputasi perniagaannya serta kerajaan dalam cubaan untuk memburuk-burukkannya dalam politik.

Mengenai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, kenyataan itu menyatakan sebarang perbelanjaan syarikat bagi program-program sosial diambil daripada pendapatan tunai yang dijana menerusi pelaburannya.

SRC menggesa Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan terbabit dan dakwaan kertas pertuduhan yang disiarkan oleh Sarawak Report dan rajah aliran dana yang diterbitkan Malaysiakini.


"Kami mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan ini dikenal pasti, berikutan ketulenannya telah dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 3 Ogos 2015," kata SRC.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top