Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DRAF PERTUDUHAN : SPRM Nafi Kenyataan SRC International


KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

SPRM NAFI KENYATAAN SRC INTERNATIONAL

MERUJUK kepada laporan media bahawa “In the interests of full disclosure, we ask the good office of the Attorney General to conduct a full investigation into these claims and the alleged charge sheet published by Sarawak Report and fund flows diagram published by MalaysiaKini. 

We ask that the parties responsible for these fabrications be identified, given that their authenticity was denied by the Malaysian Anti-Corruption Commission on 3 August 2015", yang memetik SRC International Sdn Bhd semalam, 21 Oktober 2015, SPRM menafikan perkara yang disebutkan oleh SRC International dalam kenyataan media pihaknya.

Perkara di atas adalah tidak benar kerana dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, SPRM tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan isu draf kertas pertuduhan dan ‘fund flows diagram' seperti yang disebutkan oleh SRC International. 

SPRM mahu mengingatkan SRC International atau mana-mana pihak jangan sama sekali mengaitkan nama SPRM dalam kenyataan media mereka kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai.

SPRM ingin memaklumkan sekali lagi bahawa kes SRC International masih lagi berjalan.

SPRM meminta kerjasama SRC International dalam membantu SPRM melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan. Sekiranya Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin, yang diperlukan oleh SPRM untuk menyempurnakan siasatan, masih lagi berkhidmat sebagai Pengarah SRC International, adalah wajar bagi SRC International mengarahkan kedua-dua mereka tampil hadir di SPRM untuk memberi keterangan.

DATO' AZAM BAKI
PENGARAH SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
22 OKTOBER 2015
Share this article

1 Komen:

  1. Siasatan tak lengkap tiba2 nak charge PM? apa rasionalnya? siasatan berpandukan fakta ke fitnah ni? nauzubillah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top