
BAYI AJAIB : Dilahirkan Hidup Walau Terkena Serpihan Peluru Berpandu

Seorang bayi di Syria dianggap sebagai bayi ajaib apabila didapati masih hidup, meskipun cedera terkena serpihan peluru berpandu sejurus dia dilahirkan di wilayah Aleppo, yang terjejas teruk akibat perang saudara di negara ini.
Bayi perempuan itu dilahirkan menerusi pembedahan selepas sepasukan doktor mendapati ibunya yang cedera parah akibat terkena serpihan peluru di bahagian perutnya.
Dalam satu klip video yang dimuat naik dalam akaun Facebook Majlis Perubatan Bandar Aleppo semalam, sejurus dibedah, bayi itu disedarkan semula dan sekeping serpihan peluru ditarik keluar dari dahi bayi itu.
Portal al-Jazeera melaporkan, masih tidak jelas di mana insiden itu berlaku, namun pemilik akaun Facebook itu menyatakan ibu dan kanak-kanak itu masih hidup dan mereka berada dalam keadaan baik.
Akaun Facebook itu turut mengecam kerajaan Syria kerana melancarkan serangan peluru berpandu itu sehingga mencederakan kedua-dua beranak berkenaan.
Aleppo merupakan bandar terbesar di Syria dan terbahagi kepada tiga kawasan yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan, tentera kerajaan dan militia Kurdis.
Bandar itu menyaksikan pertempuran sengit sepanjang hari antara kumpulan penentang kerajaan dan tentera kerajaan, yang mengakibatkan ribuan penduduk terbunuh - ALEPPO : 19 Sept. 2015
- SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



insurance premium hike in line with bnm s interim ...

pasaran as cuba untuk pulih prospek serangan as te...

menteri besar terengganu umum cuti hari ahad 30hb ...

allahuakbar baru baru ni ada laporan matahari terb...

menikmati durian black thorn di titi kerawang stal...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....