Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RASIS!!! Staf Maxis Kepong Terima Padah!!!


Staf Maxis cawangan Kepong yang didakwa Samantha bersikap rasis terhadapnya. (Gambar: Facebook Samantha Resh)


14 SEPTEMBER lalu, seorang pemilik akaun Facebook mendapat perhatian netizen apabila mendedahkan layanan bersifat perkauman yang diterimanya ketika berkunjung ke Maxis cawangan Kepong.

Samantha Resh mendedahkan, ketika berkunjung ke sana untuk membayar bil dia tidak mengambil angka giliran apabila mendapati terdapat pelanggan Cina yang tidak berbuat demikian.



Namun apabila tiba gilirannya dia disuruh mengambil angka giliran tidak seperti pelanggan Cina yang beratur di belakangnya. Apabila perkara ini diajukan kepada pengurus di situ, dia tertawa dan mengaku mengamalkan sikap rasis dan mencabar Samantha untuk mengambil tindakan.

Tambah menyakitkan hati apabila kertas mencetak angka giliran didapati habis dan selepas ianya pulih, pengurus berkenaan memberikan angka giliran kepada pelanggan yang datang selepas Samantha dan memberikannya angka giliran terakhir.

Tak berakhir di situ, dia turut mempermainkan Samantha dengan memberikan nombor telefon yang didakwa milik pengurusnya untuk dihubungi dan sebaik sahaja nombor itu dihubungi dia menjawab telefon lalu ketawa!



Apabila kisah ini menjadi viral di media sosial, terdapat pelanggan lain turut berkongsi pengalaman dilayan dengan rasis di cawangan terbabit.

Bagaimanapun, pihak Maxis wajar dipuji apabila mereka segera memberi respon berkaitan perkara ini.

Menurut Samantha menerusi Facebook, satu pertemuan dengannya telah diatur oleh Maxis pada 19 September lalu di Mid Valley di mana dia dimaklumkan lelaki yang melayannya secara rasis telah pun digantung kerja.


Bagi kami ini adalah berita baik yang dapat dijadikan peringatan buat semua rakyat Malaysia bahawa sikap rasis tidak dialu-alukan di negara ini.

Semoga semangat muhibah sesama kaum dapat dikekalkan seterusnya membawa kepada keharmonian 1Malaysia selamanya. 

– MYNEWSHUB.CC
Share this article

2 Komen:

  1. Tak perlu pakai maxis lagi, kan banyak lagi perkhidmatan lain yang setanding, tukar sekarang jangan tunggu.

    BalasPadam
  2. Ya kee kena gantung? Entah2 naik pangkat lagi......maxis ni sapa punya? Ananda ke?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top