Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SILAT PULA DIHINA : Murahnya Nilai Sasterawan Melayu!!!



Sedih, malu dan kesal dengan seorqng sasterawan Melayu yang menghina seni mempertahankan diri silat yang sinonim dengan bangsa Melayu.

Adalah dengan menyertai parti cauvinis DAP, dia mesti tunjuk taat setianya dengan menghina segala yang berkaitan dengan Melayu termasuklah seni mempertahankan diri seperti SILAT ini. Kalau Kit Siang hina silat memang mencari nahas tapi bila barua Melayu digunakan lebih mudah .

Silat bukan hanya tari menari pertunjukkan seperti Pak Samad DAP ini dakwa sebaliknya silat ialah seni bela diri membangkitkan keberanian dalam pertahankan maruah diri .

Sia-sia orang tua ini digelar Sasterawan ..

Kenyataan memperlekehkan Silat Melayu oleh Dato' A. Samad Said

Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia serta gabungan DSSM negeri memandang serius kenyataan tokoh Sasterawan Negara dalam kenyataan beliau kepada umum didalam satu forum di Petaling Jaya baru-baru ini seperti yang disiarkan oleh portal Malaysiakini, yang menyebut :

"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat" (untuk mempertahankan negara) adalah mengguris hati masyarakat warga persilatan, bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di dunia Alam Melayu Nusantara ini. Selain itu, DSSM turut menyanggah kenyataan bahawa perhimpunan pesilat di Dataran Merdeka adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.

Untuk pengetahuan Dato' A Samad Said dan pihak yang menyokong kenyataan tersebut. Silat mahupun segala rupa bentuk Seni Beladiri yang ada di dunia ini wujud untuk membangkitkan keberanian, bukannya ketakutan dalam mempertahankan maruah diri, Agama, Bangsa dan juga Tanahair. 

Seni Silat juga adalah satu Seni Beladiri, dan bukan seni tari menari, jauh sekali dari seni bersyair, bergurindam atau menulis cerpen.

Dalil betapa pentingnya mempelajari ilmu berkaitan Beladiri dan pertahanan telah dijelaskan didalam Al-Quran didalam Surah Al-Anfaal ayat 60. ALLAH berfirman :"Dan persiapkanlah diri kamu untuk menghadapi mereka (musuh ALLAH) dengan apa sahaja kekuatan ada yang kamu mampu."

Tujuan Silat yang utama bukan sahaja mempertahankan diri, bahkan konsepnya perlu dilihat dengan lebih luas. Silat bukan sahaja mendidik mempertahankan diri dan mengajar cara berdepan dengan musuh, tetapi Silat juga mendidik untuk membina kekuatan jasmani dan sahsiah rohani pengamalnya. 

Ini selaras dengan maksud hadis dari riwayat Imam Muslim R.A bahawa Nabi MuhammadRasullullah SAW bersabda:"Seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai ALLAH daripada mukmin yang lemah.".

Kami menjemput dan mempersilakan Dato A Samad Said mempelajari terlebih dahulu mana-mana perguruan Silat yang ada di Malaysia ini sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa mengetahui terlebih dahulu apa itu Silat dan maksud falsafah pendidikan Silat yang sebenarnya.

Justeru itu, saya mempelawa Dato' A Samad Said bersama pihak yang senada dan bersetuju dengan kenyataan tersebut untuk bertemu dalam sesi pertemuan empat mata untuk menjelaskan dan menyelesaikan perkara ini.

Selaku seorang tokoh sasterawan negara, kami mengharapkan Dato' A Samad Said menyatakan persetujuan untuk hadir sebagai seorang anak Melayu dan muslim yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini.

Sekian. Terima kasih.

MENYATU-MEMBUDAYA-MEMAJU-MEMARTABAT

Sahruddin Bin Esa
Pengasas & Pengerusi
Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia
& gabungan DSSM negeri
21hb. September 2015
Isnin, 3.13 petang


INI BUKAN ZAMAN SILAT - PAK SAMAD 

Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.

"Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini. 

Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.

Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.

"Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad. 

Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dan kesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu.

SUMBER
Share this article

4 Komen:

  1. tengok jenggot dan rambut sasauwan negara ni serupa cerita kung fu...patutlah dia pandang sinis dgn silat...bagi buah serang baru tau...

    BalasPadam
  2. INI BUKAN ZAMAN SILAT - PAK SAMAD (ini zaman orang Melayu untuk menjadi barua pemimpin Cina DAP).

    BalasPadam
  3. betul gak kata pak samad tu, bwk keris kehulu hilir kena tangkap, bersilat dempertahankan diri sendiri drpd cina dan india kita juga yg ditangkap balik, jd silat ni utk apa ya?

    BalasPadam
  4. Kalau x minat atau buat2 x tau jgn kritik bgsa sendiri...,sastera yg pak samad berkecimpung pun dri bhsa melayu

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top