
Browse » Home »
Berita
,
politik
» MUHYIDDIN : ZAMBRY Dedah Pesanan Najib Dalam Pertemuan Tertutup!!!
MUHYIDDIN : ZAMBRY Dedah Pesanan Najib Dalam Pertemuan Tertutup!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melarang sebarang tindakan diambil ahli parti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik sahaja beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mendedahkan perkara itu berkata, larangan itu dibuat Najib semasa mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana tiga hari selepas rombakan Kabinet tersebut dibuat.
Malah, kata Zambry, dalam pertemuan itu Perdana Menteri juga berkali-kali berpesan supaya semua pihak menghormati Muhyiddin yang masih merupakan Timbalan Presiden UMNO yang banyak berjasa kepada parti tersebut.
“Bila berlaku krisis itu, adalah suara-suara yang nak suruh Tan Sri Muhyiddin itu, ini. Pecatlah. Tapi Perdana Menteri (Najib) kata jangan.
“Sedangkan mungkin dari segi pentadbiran mereka ada masalah, jadi patutnya beliau (Najib) boleh cari macam-macam. Tapi tindakannya (Najib) lain, dia pesan supaya semua hormat kepada Muhyiddin kerana dia masih orang besar dalam parti dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



mozek yunani purba ditemui di zeugma turki mempame...

at briefing on urban renewal act hamzah joined by ...

wanita 41 tahun dan anak perempuannya 18 direman k...

rahsia surah al fatihah 1qfh0

berjaya selamatkan anak jatuh sungai tapi sendiri ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....