Nuffnang

MABUK KETUM!!! Malaysiakini Dakwa KSN Disiasat SPRM


Nampaknya pembangkang bukan sahaja menyerang menteri-menteri kabinet, tetapi juga nadi utama kerajaan iaitu penjawat awam. Terbaru Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA turut menjadi sasaran fitnah mereka.

SPRM NAFI LAPORAN MALAYSIAKINI

Merujuk  kepada laporan MalaysiaKini bertarikh 13 Ogos 2015 di bawah tajuk “MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers“, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009.

Selain tidak berasas sama sekali, SPRM berpandangan laporan seumpama ini bermotif melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi awam dan kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia.

Sementara SPRM menghargai kerjasama daripada pihak media, SPRM juga berharap pihak media mesti bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah.

DATUK MUSTAFAR ALI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENCEGAHAN)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top