Nuffnang

PTPTN : Potongan Gaji Penjawat Awam Bermula September


KUANTAN, - Potongan gaji bagi penjawat awam yang mempunyai pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mula dilaksanakan penghujung September depan. 

Ketua Eksekutif PTPTN Agos Cholan berkata, langkah itu akan dilakukan secara berperingkat melibatkan seramai 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menyelesaikan pinjaman PTPTN. 

"Selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sebelum ini, PTPTN akan mula melakukan pemotongan gaji terhadap kakitangan awam terlibat pada hujung bulan depan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Mesra PTPTN bersama pelanggan yang disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh di sini, hari ini. 

Katanya, pertemuan diadakan dengan penjawat awam yang terlibat merundingkan pinjaman secara ansuran bulanan. Mohamad Zabidi dalam kenyataan sebelum ini berkata kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menjelaskan pinjaman PTPTN, diwajibkan membuat bayaran melalui potongan gaji. 

Untuk itu, seramai 480 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk 136 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional akan menjadi kumpulan pertama membuat potongan gaji bagi bayaran balik PTPTN September ini. 

Dalam perkembangan lain, PTPTN turut menyasarkan simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) RM2 bilion menjelang 2020. Agos berkata, setakat ini SSPN-i telah mempunyai 2.3 juta penyimpan dengan jumlah simpanan mencecah RM1 bilion. -- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top