Nuffnang

TERKINI!!! Kapal Tangki Hilang Di Perairan Selangor Ditemui!!!


Maklumat yang diterima memberitahu kemungkinan kapal tangki tersebut telah dirompak awal pagi Ahad.

Sebuah kapal tangki, MT Jaoquim yang hilang di perairan Selangor malam tadi berjaya dikesan di timur Pulau Rupat, Indonesia kira-kira 8.45 pagi tadi iaitu di 1.5 batu nautika di luar sempadan Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksmana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, siasatan awal juga mendapati, 3,500 metrik tan minyak mentah (marine fuel oil) bernilai RM2.7 juta yang dibawa kapal didapati hilang.


Beliau berkata, dua kru kapal mengalami cedera ringan, namun helikopter Maritim Malaysia sudah memberi bantuan awal dan membawa kedua-dua mereka ke Hospital Melaka.

"Buat masa ini, kapal berkenaan sedang bersauh di posisi yang dikesan kerana mengalami kerosakan.

"Kapal yang dalam perjalanan dari Tanjung Pinang, Indonesia menuju ke Pulau Langkawi itu membawa 10 orang kru masing-masing sembilan warga Indonesia dan seorang warga Singapura," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Ahmad Puzi tidak menolak kemungkinan penglibatan 'orang dalam' dan APMM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura dan Indonesia dalam siasatan insiden tersebut.

Sebelum ini, kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada pukul 8.57 malam pada 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Lapan suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam pada 19 Jun.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top