Walaupun mendapat pelbagai kritikan daripada pemerhati automotif tanah air, peminat dan rakyat Malaysia secara umumnya yang menganggap Proton telah gagal dan berpatah balik ke belakang, pihak pengurusan Proton cekal mendepani sebarang cabaran, tanpa meminggirkan segala kritikan dan cemuhan, sebaliknya berterima kasih ke atas semua pandangan, kritikan dan sokongan terhadap mereka selama ini.
SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (Proton) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan PT Adiperkasa Citra Lestari untuk membangun dan mengeluarkan kereta nasional Indonesia.
Memeterai MoU itu, Proton diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Harith Abdullah manakala PT Adiperkasa Citra Lestari oleh CEO Abdullah Mahmud Hendropriyono.
Majlis memeterai MoU disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo.
Yang hadir sama Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Duta Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.
Abdul Harith berkata, mengikut MoU itu satu kajian daya maju akan dilakukan untuk meneroka bidang spesifik kerjasama antara kedua-dua syarikat, termasuk potensi pembangunan dan pengeluaran projek kereta terbabit di Indonesia.
"Usaha sama ini bagus kerana kedua-dua negara berganding bahu untuk membangunkan produk untuk pasaran yang lebih luas," katanya.
Proton yang memiliki kemudahan, keupayaan dan pengetahuan teknologi dalam reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran kereta ialah satu-satunya syarikat di ASEAN yang mempunyai kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Sementara itu, Abdullah Mahmud berkata MoU itu adalah pembangunan besar dalam industri automotif Indonesia yang mana kerjasama itu akan menawarkan peluang pekerjaan lebih besar kepada rakyat negara itu.
"Dengan kepakaran dimiliki Proton serta kesamaan budaya dan persekitaran, kami yakin Proton boleh membantu melatih dan membangunkan sekumpulan tenaga kerja pakar untuk industri automotif kami," katanya.
Apa macam MACAI? Indonesia pun dah yakin dengan PROTON, korang macam mana?
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....