Nuffnang

PERKAUMAN?? Giliran Ustaz Kazim Kena Laporan Polis!!!



Haduiii... Malaysia ni negara apa ye? Majoriti penduduknya bangsa apa? Lepas satu-satu laporan polis kepada penduduk majoriti negara ini, MELAYU. Dan yang terbaru Al Fadhil Ustaz Kazim Elias pula dilapor polis membuat kenyataan berunsur perkauman.

KIRA-KIRA pukul 10 pagi semalam, seorang lelaki bernama Pui Tiong Lam membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan ke atas Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE). Laporan dibuat kerana kononnya DUKE membuat kenyataan berbaur perkauman dan 'mengaibkan' kaum Cina di Malaysia dalam satu ceramah yang disebarkan dalam Whatsapp.

Dalam akaun FBnya, Tiong Lam turut memuatnaik video ceramah berkenaan. Rujuk sini http://on.fb.me/1zMAjYq

Hakikatnya:

1. DUKE dalam ceramah tersebut menegur golongan yang bermati-matian mempersoalkan konsep Ketuanan Melayu. Beliau memberi analogi yang mudah. Pada waktu malam, kaum Cina bebas dibenarkan menjalankan kehidupan dan budaya mereka termasuk minum arak, berdisko dan berjudi, beliau bertanya siapa pula yang bertarung nyawa menjaga keselamatan termasuk di dalam hutan dan lautan? Merujuk senario berkenaan DUKE bertanya, "sekarang siapa tuan siapa hamba". Apakah yang tidak betul dengan kenyataan DUKE ini?

2. DUKE dalam ceramah itu menekankan kenapa ada puak-puak yang begitu gerun dan alergic dengan konsep "ketuanan Melayu" sedangkan di alam realiti merekalah yang menguasai ekonomi dan boleh berbuat dan bercakap apa sahaja. DUKE juga memberi mesej kepada orang Melayu yang menyokong pula golongan yang terang-terang memperlekeh bangsa mereka sendiri. Apa yang tidak betul dengan kenyataan DUKE ini?

3. DUKE dalam ceramah itu juga menekankan bagaimana orang Cina diberikan segala-galanya - berkongsi tadbir negeri, diberi tanah, menguasai ekonomi, diberi pangkat dan kuasa. Jadi kenapa hendak mula mempersoalkan soal ketuanan Melayu? Beliau bertanya adakah semua ini akan diberi kepada orang Melayu jika orang Cina mendapat kuasa memerintah?

Nampaknya ada usaha licik sedang dibuat untuk mengheret DUKE dan menyamakan beliau dengan pihak-pihak cauvinis dan puak liberal seperti Eric Paulsen, S. Ambiga dan NGO-NGO tajaan asing yang sedang galak bermain sentimen kaum dan menghina agama kebelakangan ini.

Puak-puak ini sedar gerakan mereka sedang diperhatikan, lalu hendak menjadikan golongan ulama sebagai sasaran untuk 'menghalalkan' kegiatan mereka. Konsep "kebebasan bersuara' yang mereka jadikan modal menghina dan memperlekeh Islam tiba-tiba sahaja lenyap.

Menariknya, laporan polis ini dibuat di Kelantan. Kenapa Kelantan? Supaya dalang sebenar yang mahu mengheret DUKE tidak akan kelihatan ketara. Untuk elak ada campur tangan luar dan bukan Islam maka laporan polis ini di buat di Kelantan dan mengunakan orang Kelantan.

Percayalah, laporan polis ini juga dibuat untuk melihat sejauhmana sokongan yang diterima oleh golongan agamawan seperti DUKE. Mereka hendak menguji sejauh mana kuat atau rapuhnya kesatuan umat Islam ketika agama mereka dipersoalkan. Pendek kata, mereka sekali lagi sedang menguji perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Kalau nak tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik semua ini, tunggulah esok lusa siapa yang ghairah sakan menghentam DUKE.

Ayuh, tunjukkan solidariti terhadap Dato Ustaz Kazim. Beri mesej kepada puak-puak ini bahawa DUKE bercakap atas landasan kebenaran.

SHARE seramai mungkin kepada rakan-rakan, bersama tunjuk gelombang sokongan terhadap DUKE.

Share this article

4 Komen:

  1. Hanya di Malaysia, kaum majoriti kena buli, tunduk dan jaga hati kaum minoriti. Saya sokong DUKE! Cinabeng Babi can go to hell!

    BalasPadam
  2. Ramai yg bfikir bgitu tpi tak dluahkan. Silent protes. So he is manly to say d fact. Mmg kenyataan.mereka pun menyedarinye

    BalasPadam
  3. Selagi org islam tak bersatu akan sentiasa kena buli.

    BalasPadam
  4. Masalahnya...pemimpim melayu juga yg jaga mereka...itu namanya pengkhianat bangsa

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top