Nuffnang

JAKIM Promosi Ektremis : Eric Paulsen Mengaku Tidak Bersalah!!!



Anda masih ingat dengan peguam sorang ni? Pengarah Lawyer of Liberty Eric Paulsen didakwa dibawah AKta Hasutan 1948 ekoran kritikannya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menuduh jabatan agama itu mempromosikan ekstrimisme.


Pendakwaan terhadap Eric dilakukan di Mahkamah Sesyen di sini. Beliau sebelum ini ditahan di sebuah premis di Brickfield pada 12 Januari lalu. Eric walaubagaimanapun tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut.


Eric Paulsen, 42, didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di Twitternya, @ericpaulsen101 pada 10 Januari lalu jam 8 malam. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengendalikan kes itu mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Wan Shaharuddin mencadangkan RM5,000 sebagai jaminan namun peguam, Gobind Singh Deo memaklumkan anak guamnya seorang peguam dan tiada sebab untuk tidak hadir. Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula.

Eric sebelum ini telah mula "menyerang" Islam dalam posting-posting terbuka beliau. Bermula dengan hukum hudud, menghina ulama malaysia, menghina amalan mencintai rasul oleh masyarakat Islam Malaysia dan yang terbaru melabelkan khutbah jumaat sebagai himpunan ekstremisme. Berikut antara twitternya:
“Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mengenai ekstremisme di Malaysia,”

"golongan ulama adalah seperti raja/ Tuhan - tidak boleh dikritik"

"Hmm apabila agamawan palsu samakan doa dengan cara dapat kontrak besar kroni. Syirik besar ni."

"tak tau lah mana lagi Islamik - belanja RM200 ribu buat Jom Heboh agama atau derma kepada mangsa banjir."

Hm... agak-agak apa kesudahannya terhadap kes ini?

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top