Nuffnang

ASTRO BUAT HAL LAGI!!! KEBAL SANGAT KER?




Astro Oh Astro..... Hebat Dan Kebalkah Kau di sisi undang-undang negara? Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengecam tindakan Astro Productions Sdn. Bhd. (Astro Productions) memberhentikan seramai 60 kakitangan syarikat itu dalam tempoh 24 jam.

Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, syarikat itu tidak sepatutnya memberhentikan pekerja terbabit hanya dengan memberi notis 24 jam kerana itu satu perbuatan yang sangat kejam.


“Mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih terhormat kerana pekerja-pekerja yang di berhentikan ada di antara mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun dibuang begitu sahaja.


“Mereka yang di berhentikan berasa amat kecewa. UNI-MLC membantah sekeras-kerasnya tindakan Astro Productions dan meminta Menteri Sumber Manusia menyiasat tatacara yang diguna pakai syarikat besar itu bagi menamatkan perkhidmatan kakitangannya serta merta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mohamed Shafie menjelaskan, pihaknya menerima aduan daripada pekerja yang diberhentikan tersebut mereka menerima surat Penamatan Perkhidmatan Pekerja Tanpa Notis pada 30 Januari lalu.


Dakwa beliau, pengurusan Astro Productions bertindak memanggil 60 orang pekerja terbabit dan memberitahu bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan serta merta dan diberi surat pemberhentian untuk ditandatangani.


Beliau mendakwa, pekerja terbabit yang bersetuju untuk berhenti pada hari terbabit diberi pampasan dibayar pada masa yang sama. – MYNEWSHUB.CC
Share this article

2 Komen:

  1. Memang ler astro kebal. Najib pun berhutang pinjam RM 2.8 billion nak jelas hutang 1MDB guna duit tokeh Astro!....

    BalasPadam
  2. Nak kata bodoh pun tak. Nak kata gila pun tak.

    Sanggup bayar duit untuk tengok siaran yang di ulang. di ulang. di ulang. di ulang... penat

    Mungkin kerana gambar clear kot.

    Mangkuk betul.

    Patutnya tarik telinga kementerian berkaitan...RTMM.. supaya bagi service sama taraf.

    Kita telah ditipu untuk mengeluarkan duit sedangkan duit cukai telah di beri kepada keraaaajaan untuk mendapat service terbaik.

    At least, duit kita pergi ke kerajaan walaupun ada ketirisan. Bukan kroni semata. Cukai kroni tu bagi kat kerajaan pun setakat celah gigi je.

    Sepatutnya siaran sama clear. Cuma yang membezakan isi rancangannya je.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top