Nuffnang

TAULADAN : KISAH AWEK SEKSIS BAJU KUNING.....(VIDEO)



Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia.

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya.

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya.

Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku.

Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan.

Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua: "Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta".

Nak lebih jelas... jom tonton video di bawah ;)




*** sekadar perkongsian dan release tention.....hari2 citer pasal politik apa barang..... Kan?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top