Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MURKA!!! DAP DAN PKR TERUS KEMPUNAN BILA 3 EXCO PAS DIPANGGIL MENGADAP SULTAN!!



Itu la.... nak ikut sangat arahan KETUM. Kan Tuanku dah murka. Gua salute dengan semangat "PAKATAN" yang ada di antara DAP, PKR dan PAS. Masing-masing diberi "kuasa" dan "peluang" untuk mentadbir sebuah negeri di mana P.Pinang - DAP, Kelantan - PAS, dan Selangor - PKR.

Pun begitu, jangan lupa bahawa institusi kerajaan negeri memerlukan perkenan daripada pihak Sultan atau Raja. (Kecuali P. Pinang - Yang DiPertua). Menurut pakar undang-undang di Selangor Datuk Salehuddin Saidin, pelantikan seorang menteri besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. 


Katanya menurut Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang Adun pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti Adun, selaku menteri besar.

Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar, katanya.

Dan hari ini, pihak Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai "engkar" kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai "menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja" dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda.

Dukacita dengan tindakan kedua-dua parti itu, beliau berkata PAS pula akur dengan permintaan baginda sultan seperti dalam surat bertarikh 27 Ogos lalu.

"Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Share this article

1 Komen:

  1. Nampak gaya. payahlah sultan nak berkenan nama yang dicalonkan oleh PKR dan DAP untuk menjawat MB Selangor. Oleh itu Jangan pula salah PAS dan jangan pula memperbodohkan PAS.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top