Nuffnang

GAMBAR : Tanda-Tanda PR Telah Hilang Sokongan Dan Kepercayaan!!!



Di kalangan pemimpin mereka saling bercakaran, tuduh-menuduh dan yang paling teruk menghentam dan memperkecilkan pemimpin dari parti lain. Tiada lagi kesepakatan. Tiada lagi dendangan suara rakyat yang dicanang melainkan kepentingan puak masing-masing. Menjengkelkan. 

Itulah senario yang dapat kita saksikan akhir-akhir ini. Baik DAP, baik PKR aptah lagi PAS. Episod duka dan berceramuk PR nampaknya mula meninggalkan impak negatif kepada para penyokong mereka.


Seorang penykong Pakatan Rakyat hari ini telah mengoyak dan menanggalkan pelekat Pakatan Rakyat yang berlambang tiga komponen parti PR dari cermin belakang keretanya kerana kecewa dengan sikap angkuh Parti islam SeMalaysia. 

Menurut catatan di media sosial penyokong PR berkenaan:


Maka, akibat segelintir sikap ANGKUH Parti Islam SeMalaysia, especialy Team UG, pada hari ini, 07/09/2014 - ku tanggalkan semua simbol "PAKATAN RAKYAT" - Rashid Xxxxxxx. 

Beliau dipercayai begitu kecewa dan terkilan dengan sikap Presiden PAS bersama penyokong-penyokong taksubnya yang tidak lagi menghormati malah mencemuh parti rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Ramai yang menykong tindakannya dan dikatakan akan mengikut jejak langkahnya.

Di dalam ruangan komennya juga, beliau menambah:

Even, my members yg 'ahli' dlm PR sendirik tahu, den tinggalkan UMNO bukan atas nama Haji Hadi, bukan atas nama Nasrudin Hassan, bukan pula atas nama Nik Abduh, tetapi atas rasa Hormat, Simpati dan Terima Kaseh den keatas individu bernama Anwar Ibrahim - yg membuka minda pemikiran Rakyat!!! 

Sementara itu, terdapat laporan menyatakan seorang ahli baru Pas telah mengisytihar keluar dari menjadi ahli PAS ...

Lebih malang lagi, menurut laporan berkenaan, beliau merupakan saudara baru (Cina) yang sebelum ini yakin PAS sebuah parti yang bukan perkauman. 

Mesej beliau telah tersebar melalui perisian Whatsapps. 

Di dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz dalam kenyataannya mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi yang memperlekehkan kebolehan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sambil menegaskan pengalaman, kredibiliti dan kelayakannya sudah cukup melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. 



“Siapa dia untuk mengatakan bahawa Dr Wan Azizah tidak mampu?” soalnya.

Katanya, tindakan Abdul Hadi juga disifatkan mengkhianati kepercayaan sekutu Pakatan Rakyat (PR) setelah membelakangi persetujuan sebelum ini. Malah katanya, pendirian PAS yang tidak tetap juga tidak boleh diterima oleh PR. 

“Dia cuba meletakkan pencalonannya daripada tiga nama daripada PAS dan bukannya apa yang telah dipersetujui semasa mesyuarat Pakatan Rakyat. 

“Jika dia tidak berpuas hati dengan gabungan PR, dia harus meninggalkan parti,” katanya. 

Jelasnya lagi, integriti Abdul Hadi selaku Presiden parti Islam juga dipersoalkan kerana kejutan pusingan-U yang dibuat Abdul Hadi pada saat akhir. 

“Hadi menipu kita semua, termasuk ahli-ahli partinya sendiri dan ini adalah benar-benar mengecewakan,” ujarnya, [SUMBER]
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top