Nuffnang

Rejimen Anarki Ditahan Lagi - APA KESUDAHANNYA?



Ali bin Jalil adalah nama yang digunakan tetapi lebih dikenali sebagai Rejimen Anarki. Mei lalu, tercetus pergaduhan ketika demonstrasi Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka, telah menyebabkan Ali bin Jalil ditumbuk dan keningnya koyak sehingga menerima enam jahitan. Dia ditumbuk oleh seorang anggota Unit Amal setelah diprovokasi oleh Rejimen Anarki dan kawan-kawannya yang berbaju hitam dan bersama-sama anggota-anggota SAMM pimpinan Chegu Bard.

Kesilapan terbesarnya ialah dia mengaku dia adalah Rejimen Anarki. Sebelum itu, abangnya yang lebih dikenali sebagai Zul Yahya, juga merupakan seorang lagi Rejimen Anarki. Kedua-dua beradik tersebut saling mengemaskini akaun Rejimen Anarki apabila salah seorang daripada mereka ditangkap.


Dipercayai, beberapa orang rakan mereka turut berfungsi sebagai Rejimen Anarki dan mereka biasanya melayari Facebook di beberapa pusat siber bagi mengelakkan ditangkap dan dikesan. Semuanya akan mengakses dan mengemaskini akaun Rejimen Anarki secara bergilir-gilir untuk mengaburi pihak berkuasa.

Hari ini, Ali bin Jalil ditangkap lagi. Dia yang tinggal di Stulang Laut, dikenakan lapan tuduhan hasutan. Penangkapannya telah diumumkan oleh kawan-kawannya yang sebelum ini bertindak sebagai Rejimen Anarki pengganti.

- BERITA LANJUT - KLIK SINI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top