Nuffnang

BUKTI BELIA SELANGOR TIDAK PATRIOTIK? @KBSMalaysia @KhairyKJ



Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 telah disambut pada 31 Ogos yang lalu dan ia berlanjutan ke bulan September di mana kita akan memperingati Hari Malaysia pada tanggal 16 September ini.

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, rakyat Malaysia berbilang bangsa akan memaparkan semangat patriotisme dan kasih sayang terhadap negara. Bukan dengan cara paksaan, tetapi secara sukarela menyambut Hari Kemerdekaan sebagai negara yang berdaulat.


Di ketika negara merayakan 57 tahun kemerdekaan, ini adalah masa yang sesuai untuk seluruh rakyat menunjukkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara dengan perasaan penuh bangga.

Menyemai kebanggaan pada bendera Jalur Gemilang adalah salah satu ciri penting dalam perayaan Hari Kemerdekaan. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan Jalur Gemilang kerana ia adalah lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara.

Bendera Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisme dan penting untuk kita menanam semangat dan nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme ini dalam kalangan generasi muda.

Salah satu cara untuk menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemangat nasionalisme adalah dengan mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera kita. 

Maka dengan itu, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Selangor telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Jelajah Patriotik Anak Muda Selango. Program selama 2 hari 1 malam ini bermula pada 13 hingga 14 September melibatkan penjelajahan 5 buah daerah bermula dari Daerah Klang, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan berakhir di Daerah Sabak Bernam.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan Selangor. Melibatkan lebih 10 buah kereta dari kelab Myvi Malaysia dan sukarelawan belia daripada MBS. 



AKTIVITI :

- Promosi Parlimen Belia
- Edaran Jalur Gemilang
- Khidmat Masyarakat
- Pameran
- Mari Mencuba
- Gambar Selfie Terbaik
- Ikon Belia
- Sembang Mesra Belia
- Karaoke Lagu Patriotik
- Konvoi Bermotorsikal
- dan banyak lagi...



ANAK MUDA SELANGOR....... TEMUI DAN SERTAI JELAJAH PATRIOTIK ANAK MUDA SELANGOR DI DAERAH2 YANG AKAN DILALUI BERHAMPIRAN ANDA!!!!!



Dari Belia Untuk Belia
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top