Nuffnang

BIAR BETUL!!! AKHIRNYA BANG NON MENGAKU SALAH!!!!!




Adakah dunia sudah kiamat? Ketua Umum (KETUM) PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan KeAdilan mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.


KENYATAAN MEDIA


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Ini jelas dalam perlembagaan KEADILAN dan kenyataan muafakat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.


Dato’ Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 takkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.


Kenyataan Dato’ Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.


Dato’ Seri Najib juga sedia maklum bahawa dalam sejarah pemerintahan UMNO sejak negara merdeka 1957, UMNO dan Perikatan, dan kini Barisan Nasional hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.


Selaku Perdana Menteri, Dato Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan Kerajaan Barisan Nasional dan tidak menyerang KEADILAN kerana mematuhi amalan yang sama.


Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.


KEADILAN mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

9 September 2014
Share this article

3 Komen:

  1. 'Ada ketam disebalik mee'.
    Nuar takut kehil;angan PAS dari Pakatan.
    Tanpa PAS, PR tak akan ke mana. PASMA dikesan tak semampu PAS. Muka-muka berisan kepimpinan yg didaftarkan memualkan rakyat Melayu/Islam.
    Setiap yg naik, pasti akan turun.

    BalasPadam
  2. Dah salah sendiri masih nak babit salahkan umno yg tak de kena mengena. PR tu bukannya legitimate entity yg bermasalah yg hendak disamakan den BN

    BalasPadam
  3. Convention? Yang Anwar buat-buat lupa kuasa pelantikan 100% dibawah kuasa Sultan. Di Terengganu, Sultan pernah menolak Idris Jusuh, UMNO dengan patuh telah mencadangkan nama lain. Isu disini, Sultan Selangor dengan jelas memberi isyarat menolak cadangan PR untuk melantik Azizah dan meminta nama lain untuk dipertimbangkan.

    PR dengan angkuh tetap memaksa Sultan menerima Azizah yang tak berkebolehan tu menjadi MB. Adakah Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri akan membiarkan seorang yang memang lansung tidak berkebolehan memerintah selangor. Jika itu yang dilakukan, percayalah yang akan dipersalahkan kemudian nanti adalah Sultan Selangor, bukannya Wan Azizah.

    Atas dasar itulah Sultan menolak cadangan PR untuk melantik Wan Azizah dan meminta di beri beberapa pilihan. Tetapii Anwar dengan perancangannya tetap ingin menderhaka yang mana dia tahu Sultan akan menolak dan dia akan menggunakan kesempatan ini untuk menyerang Sultan Selangor. Surat permohonan maaf ini adalah langkah-langkah awal kearah itu. Percaya lah ... apa yang berlaku ini masih dalam kawalan Anwar dan Anwar sekarang berada setapak kedepan untuk menjatuhkan Sultan, bukan saja Sultan Selangor tetapi seluruh sistem beraja di Malaysia.

    Anwar sepatutnya ditangkap dan dihumban kepenjara bagi meredakan kekacauan yang diciptanya.

    Pada saya, Allah masih memberi ruang kepada Anwar untuk menjalankan kerja-kerja jahat dia tetapi akan sampai masanya Allah akan menghukum Anwar sekiranya tiada kebaikan lagi pada Anwar. Semoga Anwar dan seluruh keluarganya insaf dan bertaubat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top