Nuffnang

VIDEO : BIADAP DAN MELAMPAU!!! Ahli Parlimen Digantung Dan Hilang Kelayakan!!




Hah itu la, Ingat Dewan Rakyat ni Pasar Malam ke YB?

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika usul menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dari PKR dibacakan.

Kecewa dengan usul yang dikemukakan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang kertas.

Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri turut diganggu dengan sorakkan kuat dari ahli Parlimen pembangkang sambil "tarik balik" berulang kali.

Antara yang bangun membantah ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Azmin turut dilihat merenyukkan kertas usul berkenaan sambil menunjukkannya kepada Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

"Usul haram ... tarik balik!" jerit ahli Parlimen PR semasa usul berkenaan dibacakan, sambil menepuk meja.

N. Surendran akhirnya digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker,Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.

Ekoran kenyataannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan bersifat bias, semua keistimewaan Surendran termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.

Usul bagi menggantung kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) selepas dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee


Surendran Diarah Keluar Dewan

Dua hari lalu, Anggota Parlimen PKR dari Padang Serai, N. Surendran itu diarah keluar dari persidangan Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah beliau berkeras mahu membentangkan usul meminta dewan mengutuk pencerobohan ke atas sebuah kuil. 

Usul berhubung dakwaan pencerobohan kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee di sini, terlebih dahulu telah ditolak Pandikar Amin di dalam kamar atas faktor tidak menepati peraturan mesyuarat.

Pandikar memberitahu persidangan Dewan sejurus selepas sesi soal jawab tamat bahawa setelah menerima cadangan usul itu, beliau telah memanggil Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memberi penjelasan mengenai tindakan yang diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad lepas, memandangkan ia isu sensitif.

“Menurut fakta Yang Berhormat beri pada saya ada pencerobohan kuil. Tanah itu milik kuil yang dirampas oleh DBKL dan perlu dikembalikan. Namun apabila saya meminta fakta-fakta daripada menteri sendiri saya dimaklumkan perkara berbeza.

“Kuil tidak dirobohkan, gambar-gambar tertentu telah saya terima. Yang cuma dirobohkan ialah struktur yang mengelilingi yang tidak kena mengena dengan kuil. Kuil yang ada masih berdiri,” kata Pandikar Amin.

Katanya beliau juga telah menasihat Surendran supaya bertemu dengan Tengku Adnan untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu itu tetapi Surendran berkeras mahu membawanya ke Dewan.

“Ini bermakna Yang Berhormat tidak berlaku adil kepada saya kerana Yang Berhormat mempunyai agenda supaya selepas ini ada lagi publisiti mengenai perkara begini,” katanya.

Surendran juga enggan mengalah dan telah bangkit untuk mencabar keputusan Pandikar Amin. Ini menyebabkan Pandikar Amin bertindak mengarahkannya keluar dari Dewan.




- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top