Nuffnang

DEDAH KESELAMATAN NEGARA : Nurul Izzah Perlu DISIASAT!!




Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.

Katanya, tindakan undang-undang tidak dikecualikan sama ada pemimpin itu mewakili parti pemerintah mahupun pembangkang termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Langkah itu katanya, bagi menjamin rahsia strategi keselamatan negara tidak terdedah kepada pihak luar.

Bagaimanapun beliau mendakwa, pembocoran rahsia keselamatan negara ini lazimnya dilakukan oleh pemimpin pembangkang bertujuan memburukkan imej negara.

"Pembangkang di negara ini sanggup lakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak yang berkepentingan," katanya yang dipetik dari blog Umno Cheras, semalam.





Syed Ali memberikan reaksi demikian berhubung pembocoran rahsia keselamatan negara yang didakwa berkaitan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.


"Pihak berkuasa harus siasat bagaimana Nurul Izzah mendapat tahu maklumat tersebut dan apa motifnya mendedahkan kepada umum sedangkan perkara itu merupakan rahsia strategi keselamatan negara.

"Dalam isu keselamatan sepatutnya tidak dipersoalkan secara terbuka apatah lagi di depan khalayak umum dan Nurul Izzah selaku wakil rakyat sewajarnya menggunakan saluran yang betul," katanya.

Sebelum ini, laporan dari portal berita melaporkan, Izzah pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.

Izzah berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.





Kenyataan Izaah itu turut mendapat kecaman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu kerajaan menyiasat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Menurut Syed Ali lagi, isu tersebut sengaja dipolitikkan oleh pemimpin PKR bertujuan meraih sokongan rakyat.

"Perbuatan itu sebenarnya bertentangan dengan aspek keselamatan negara.

"Jangan kerana hendak jadi popular dan juara, mereka boleh cakap sesuka hati termasuk membocorkan rahsia keselamatan negara," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top