Nuffnang

CULIK DAN BUNUHI!!! KPN Sahkan Kejadian Libatkan Pelancong Di Semporna, SABAH





Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi ini.

Beliau berkata, polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.

"Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Beliau berkata, demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Bahru di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Difahamkan kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan.

- Bernama
Share this article

1 Komen:

  1. Selagi warga asing merasa salesa di Sabah, khasnya di Semporna, selama itulah Sabah dan Semporna akan berdepan dengan masalah. Penguatkuasaan undang-undang di Semporna terlalu longgar sehingga penduduk tempatan menjadi mangsa keadaan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top